Ketika seorang wanita yang berada di Pasar Alabang, Manila, Filipina, untuk berbelanja bahan makanan mingguan, dia melihat sesuatu yang menarik perhatiannya di bahagian makanan laut.

Wanita tersebut, Reg O. Carlotta telah berkongsi di Facebook tentang betapa kecewanya dia melihat sebuah gerai yang menjual ikan bayan bersama ikan segar dan makanan laut yang lain. Kongsiannya yang dituliskan pada 14 April lalu telah menjadi tular.

“Pagi ini saya pergi ke pasar (Pasar Alabang) untuk membeli daging dan makanan laut. Dalam perjalanan keluar dari bahagian ikan, saya melewati sebuah gerai yang menjual IKAN BAYAN !!! ” Carlotta menulis dalam perkongsiannya di Facebook.

Carlotta kemudian menerangkan tentang keburukan memakan ikan bayan walaupun ikan bayan digemari oleh beberapa bahagian di dunia.

Reg O. Carlotta|Facebook

“Ada alasan penting mengapa kita tidak harus memakannya dan dapatkah kita mendidik para nelayan untuk berhenti menangkap ikan-ikan cantik ini!” Tambahnya.

Menurut Carlotta, ikan bayan membantu menyelamatkan terumbu karang daripada invasi alga. Mereka juga membantu memakan karang mati dan menghabiskan sebahagian besar masa mereka dengan memakan alga dari terumbu karang.

Dengan kata lain, ikan bayan membantu membersihkan terumbu karang daripada alga.

S. Bysshe

“Setelah memakan semua itu, mereka akan membuang air besar dalam bentuk pasir halus dan putih- banyak sekali! Setiap ikan bayan menghasilkan hingga 320 kilogram pasir setiap tahun, ” tambah Carlotta.

“Jumlah ikan bayan semakin berkurang, dan paras alga semakin meningkat tinggi. Oleh itu, ikan bayan tidak boleh ditangkap secara sesuka hati. Ikan yang indah, pemakan alga, dan pasir ini harus dibiarkan hidup bebas di dalam air. Jika dibiarkan ikan bayan hidup bebas, mereka akan melakukan sesuatu yang dapat menyelamatkan ekosistem laut. ”

Menurut  Virgin.com, banyak terumbu karang yang hampir mati dan paras alga semakin tinggi, ikan bayan diperlukan untuk menyelamatkan situasi ini.

Reg O. Carlotta|Facebook

Carlotta kemudian mengakhiri perkongsiannya dengan mengingatkan semua orang untuk tidak membeli dan memakan ikan bayan. “Katakan tidak untuk menangkap ikan bayan! Jangan membeli ikan nuri sehingga mereka  akan berhenti menangkapnya lagi.”

Rupanya, ada beberapa penelitian yang mendorong orang ramai supaya tidak memakan ikan bayan.

Laporan itu mengatakan bahawa di beberapa bahagian Caribbean yang lebih luas di mana ikan bayan dilindungi, telah ada beberapa peningkatan dalam proses menyelamatkan terumbu karang.

Banyak pilihan makanan laut lain yang boleh kita makan selain ikan bayan. Jadi, mari kita lakukan sesuatu untuk membantu menyelamatkan terumbu karang daripada kepupusan dengan tidak memakan ikan bayan.

Sumber: Facebook/Reg O. CarlottaVirginVox 

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP Kempen

Video Popular