Anda tidak suka dengan pekerjaan anda? Bosan dengan suasana yang sama, kerja banyak atau tidak suka dengan majikan? Sebelum anda mengeluh lihat dahulu apa yang terpaksa dilakukan pekerja-pekerja di China ini dan selepas itu mungkin fikiran anda akan berubah.

Terlibat dalam kerja-kerja pembinaan atau di tempat-tepat tinggi sememangnya sangat mencabar. Keselamatan sering menjadi ancaman walaupun mereka mengambil semua langkah keselamatan. Hal ini kerana kemalangan boleh sahaja berlaku di mana-mana tanpa mengira waktu. Oleh itu, kesemua langkah keselamatan harus dititik beratkan supaya jika apa pun berlaku mereka hanya akan mendapat kesan yang paling minima.

Itu baru soal keselamatan, belum cerita mengenai ‘pengorbanan’ mereka di tempat kerja. Ramai yang tidak tahu apa yang mereka terpaksa lakukan untuk memastikan kerja mereka siap dalam masa yang ditetapkan. Contohnya seperti yang dilakukan oleh pekerja-pekerja di China ini. Apa agaknya yang dilakukan oleh mereka?

Ya, mereka tidur pada ketinggian 50 meter atau 14 kaki di atas udara! Sebuah menara tranmisi telah menjadi tempat mereka lena bagi pekerja elektrik di wilayah Hunan, China ini.

SCMP

Mereka mengikat tubuh mereka pada tiang besi dengan menggunakan tali supaya mereka boleh lena seketika selepas keletihan bekerja. Menurut South China Morning Post, pekerja-pekerja itu lebih suka menggunakan masa rehat mereka yang singkat dengan tidur seketika dan hanya akan turun untuk makan.

SCMP

Video ini telah menjadi tular di media sosial China sehingga mengundang pelbagai reaksi dan respons netizen. Ramai yang menyatakan kebimbangan mereka tentang keselamatan pekerja-pekerja ini dan ramai juga yang turut melahirkan rasa penghargaan dan terima kasih di atas ‘pengorbanan’ yang dilakukan oleh mereka.

Bayangkan seketika jika anda yang berada di tempat mereka, beranikah anda untuk melakukan apa yang dilakukan oleh mereka?

Anda boleh menonton sendiri video tersebut di sini:

SouthChinaMorningPost|YouTube

Sumber: World Of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL VIDEO

Video Popular