- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Seorang bayi akhirnya dapat melihat wajah ibu bapanya selepas dipakaikan cermin mata

Bagi yang memakai cermin mata, anda pasti masih dapat mengingati saat manis kali pertama dalam hidup ini dapat melihat dengan jelas bukan?

Ramai orang yang tidak menyedari bahawa penglihatan mereka terjejas sehinggalah mereka mendapat kanta pembetulan. Kini, dengan adanya kanta nipis, anda dapat melihat setiap perkara dengan lebih jelas. Pokok bukan lagi dilihat seperti gumpalan hijau tetapi helaian daun yang melambai-lambai. Papan tanda di tepi jalan dapat dilihat dengan jelas dari jarak jauh dan setiap perkataan atau huruf di halaman buku semakin mudah dibaca.

Pixabay [1]

Christian mungkin tidak perlu risau tentang memandu, tetapi walaupun sebagai bayi, penglihatannya sangat teruk sehingga dia tidak dapat mengenal wajah ibu bapanya. Namun, sebaik sahaja dia mendapat sepasang cermin mata pertamanya, semua itu akan berubah!

Dalam sebuah video yang sedang tular di media-media sosial, Christian dilihat cuba menggunakan sepasang cermin mata pertamanya. Untuk keselamatan dan ketahanan, cermin mata bayi mempunyai ciri-ciri lebih kepada gogal daripada cermin biasa.

Sewaktu ibunya bersemangat untuk meletakkan cermin mata pada Christian , dia mula menangis sebagai tanda protes, namun sebaik sahaja kedua-dua kanta itu terletak elok ditempatnya, perlakuan Christian berubah.

Christian kelihatan begitu terkejut kerana dia dapat melihat dengan jelas. Dia seperti tidak dapat mempercayai apa yang dilaluinya itu. Ini kerana sejak lahir semua benda yang dilihatnya adalah kabur dan pembaharuan ini merupakan satu perbezaan besar buat dirinya.

YouTube [2]

Pada mulanya Christian tidak pasti apa yang difikirkannya tentang semua kejelasan ini, tetapi apabila dia mendengar ibu bapanya bercakap dan memanggil namanya dia begitu teruja sekali. Kegembiraan jelas terpancar di wajahnya dan ketawanya yang kedengaran kuat itu menunjukkan dia begitu teruja melalui pengalaman yang berharga itu. Seolah-olah dia berkata, “Wow, beginilah rupa ibu dan ayah!”

YouTube [2]

Mari tonton video Christian yang begitu teruja apabila dapat melihat dunia sebenar selepas dipakaikan cermin mata. Keterujaannya itu membuatkan hati kita berasa terharu melihatnya.

Sumber: INSPIRE MORE [3], Poke My Heart/Youtube [4]

loading...