Penyanyi dari Texas iaitu Willie Nelson begitu gemar meluangkan masa di ladang ternakannya sehingga pernah menghasilkan lagu berjudul ‘Luck Ranch’. Di ladang berkenaan, Willie menternak hampir 70 ekor kuda yang bergerak bebas dan kesemua kuda-kuda itu adalah haiwan yang pernah diselamatkannya daripada disembelih. Dari situlah munculnya ilham beliau untuk menghasilkan lagu berkenaan.

Facebook

Bagi penyanyi legenda itu yang kini berusia 87 tahun, ladang ternakan tersebut merupakan simbol kepada kecintaannya terhadap seni muzik country dan juga kuda-kuda yang memerlukan. Kawasan seluas 700 ekar itu terletak di Spicewood, kira-kira 30 batu dari Austin, Texas.

skeeze

Kawasan yang begitu luas membolehkan semua kuda peliharaannya bergerak dengan bebas dan tidak rasa seperti dikurung.

“Kuda-kuda saya mungkin adalah kuda yang paling bertuah di dunia. Dalam sehari, kuda-kuda ini diberi makan sebanyak dua kali dan tidak perlu memikirkan detik-detik bila kuda-kuda ini akan disembelih. Mereka adalah kuda yang bahagia,” kata Willie.

Facebook

Rasa cinta dan taat setia yang dimiliki oleh penyanyi ini terhadap kuda sememangnya tidak boleh dibandingkan. Buktinya, beliau pernah menghasilkan lagu berjudul ‘Ride Me Back Home’ yang menceritakan mengenai keghairahannya terhadap haiwan.

skeeze

Pada tahun 2015, video bertajuk ‘The Love of Horses’ oleh Willie berjaya meraih Anugerah People’s Silver Telly di mana video berkenaan mempamerkan pertemuan di antara Willie dan beberapa ahli persatuan Habitat for Horses yang bersama-sama membanteras aktiviti penyembelihan kuda dengan mendapatkan kelulusan undang-undang.

Selain cintakan binatang, Willie turut melakukan kerja-kerja amal lain seperti meraih sumbangan untuk didermakan kepada golongan petani. Nampaknya, pengaruh Willie turut disambut baik oleh anak lelakinya, Lukas Nelson yang turut menyokong tindakan bapanya dalam menjaga kebajikan kuda-kuda.

Facebook

Kini, Willie memelihara sekitar 70 ekor kuda dan bakal menganjak ke 90 ekor. Beliau turut bercadang untuk bersara daripada dunia seni bagi memfokuskan kepada kerja amalnya.

“Saya bersara setiap kali habis persembahan. Tetapi apabila kami sekumpulan berjumpa, mereka terasa seperti ingin membuat persembahan semula dan saya akan kembali menyanyi.”

Semoga Willie dapat terus memperjuangkan kebajikan haiwan-haiwan lain yang diseksa oleh individu tidak bertanggungjawab.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular