Ramai orang suka membawa buah tangan ketika melawat orang sakit, baik di hospital mahupun di rumah. Namun, untuk memilih buah tangan untuk diberikan kadang kala dapat memeningkan kepala kerana tidak semua yang sesuai dengan pesakit.

Pada 15 April lalu, Institut Kanser Negara melalui laman rasmi Facebooknya telah mengeluarkan larangan membawa masuk bunga segar ke dalam wad.

Laman Rasmi Institut Kanser Negara/Facebook

Menurut notis makluman tersebut, larangan tersebut dilakukan kerana pesakit kanser yang menjalani rawatan kemoterapi memiliki kurang daya tahan badan (immunocompromised).

kveller.com

Oleh yang demikian, bunga hidup atau segar tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam wad bagi mengelakkan jangkitan yang berisiko. Ia adalah bagi mengelakkan jangkitan yang dibawa oleh debunga kulat yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan secara semula jadi.

Difahamkan bahawa larangan sedemikian bukanlah sesuatu perkara yang baru kerana ia telah dilaksanakan di United Kingdom, di mana 9 daripada 10 hospital telah menghalang pengunjung membawa bunga segar masuk ke dalam wad mereka.

Menurut Hello Doktor, selain bunga segar, terdapat beberapa benda lain lagi yang perlu dielakkan untuk diberi kepada pesakit kanser sebagai buah tangan.

Belon

giftsflorist.com

Belon biasa yang diperbuat daripada lateks atau getah boleh menyebabkan reaksi alergi terhadap pesakit yang mempunyai kulit sensitif. Juga, belon logam atau mylar tidak dibenarkan di unit rawatan rapi (ICU) kerana ia boleh mengganggu peralatan perubatan elektronik.

Pewangi atau losyen

IndiaMART/Gambar Hiasan

Pewangi dan losyen bukan buah tangan yang terbaik untuk diberikan kepada seseorang dalam rawatan kanser. Kemoterapi dan radiasi akan mengubah deria sensitiviti kulit, rasa dan bau seseorang. Jadi, wangian yang terlalu kuat akan membuat pesakit berasa mual.

Filem atau buku yang menyedihkan

Diagnosis dengan kanser adalah sukar, dan hanya terhad di dalam wad hospital dengan komputer riba atau buku sebagai sumber hiburan. Oleh itu, jangan mengganggu emosi pesakit yang sensitif dengan memberi mereka filem atau buku yang boleh membuat mereka berasa sedih.

Gula-gula atau manisan

Mereka yang menjalani rawatan kanser sering kali di bawah kawalan diet ketat yang mengehadkan berapa banyak kandungan paras gula dalam makanan. Rawatan kemoterapi dan radiasi juga boleh merosakkan permukaan lidah dan menyebabkan bahagian dalam mulut luka, yang membuatkan gula-gula tidak menyenangkan dan menyakitkan.

Sumber: Hello Doktor, Laman Rasmi Institut Kanser Negara/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular