Gambar ini mungkin kelihatan seolah-olah hanya terdapat pokok-pokok dan ranting yang dilitupi oleh lumut tetapi lukisan hutan hujan yang menakjubkan ini sebenarnya menunjukkan lebih daripada itu.

WWF

Tersembunyi di sebalik lukisan luar biasa ini adalah sejumlah haiwan liar yang telah disembunyikan dengan bijak di antara pokok-pokok halus, ranting, lumut dan lantai hutan. Bergantung pada jenis haiwan yang anda lihat terlebih dahulu, personaliti anda mungkin akan terungkai.

Haiwan yang manakah yang anda lihat dahulu?

1. Gajah

WWF

Sekiranya anda dapat melihat gajah yang ‘bersembunyi’ di sudut lukisan itu, anda adalah orang yang tenang dan berfalsafah dalam kehidupan. Anda suka berfikir dan menjadi progresif. Anda juga gemar menyelesaikan masalah.

2. Gorilla

WWF

Anda dilahirkan sebagai seorang yang genius dan mempunyai keupayaan untuk menganalisis perkara walaupun perkara yang berada di luar jangkauan anda. Anda juga mempunyai pemikiran yang sangat strategik dalam membuat analisis, anda menjadi lebih komprehensif dan tepat berbanding yang lain.

3. Burung kenyalang (toucan)

WWF

Anda mempunyai kedua-dua sifat hidup berfalsafah dan seorang yang berstrategi. Berbanding dengan orang lain, anda cenderung untuk berfikir tentang kebaikan dan keburukan sesuatu perkara. Anda ingin tahu sisi positif dan negatif dan semua kelemahan dan faedah untuk mendapatkan penyelesaian terbaik.

4. Singa

WWF

Anda bukan orang yang hanya melihat masalah dari satu sudut atau perspektif sahaja. Selalunya anda mempertimbangkan semua perspektif dan pendapat sebelum membuat keputusan anda tentang sesuatu. Anda boleh memahami semua orang dengan mudah kerana anda mempunyai pandangan yang sangat komprehensif.

5. Sloth

WWF

Tidak ramai orang yang dapat melihat sloth dalam lukisan ini. Jika anda dapat melihatnya dalam pandangan yang pertama, anda mungkin mempunyai personaliti yang sangat nadir (rare). Hanya 1 dalam setiap 10,000 orang yang dapat melihat haiwan yang satu ini ya!

Ini juga bermakna anda seorang yang sangat strategik dan berpotensi menjadi pemimpin yang hebat.

WWF

Dicipta oleh ilustrator dari Perancis dan pengarah seni, Anaïs Boileau dan Samuel Volk, lukisan ini juga menyampaikan mesej yang kuat mengenai pokok.

Lukisan ini adalah sebahagian daripada kempen WWF yang mengumpul dana daripada orang awam untuk menyelamatkan pokok-pokok yang membentuk hutan hujan. Walaupun hutan hujan hanya meliputi 7% daripada Bumi, namun hutan hujan adalah rumah kepada lebih daripada 50% spesies haiwan di dunia.

Sumber: Scene360 / WWF

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN INSPIRASI Ria

Video Popular