Pagi ini, mungkin anda telah menikmati secawan teh atau kopi yang enak, disulam bersama sepinggan kuih yang manis dan cukup rasa lemaknya. Sememangnya makanan pagi yang baik dapat memberi motivasi kepada anda untuk menjalani hari yang lebih baik.

Walau bagaimanapun, tanpa kita sedari, sebenarnya pemakanan yang diambil oleh kita pada hari ini akan memberi kesan jangka masa panjang kepada tahap kesihatan kita. Dan antara petandanya boleh terpapar di kulit kita seiring dengan peningkatan usia.

Oleh itu, entri ini akan berkongsi dengan anda senarai 10 makanan yang boleh mempengaruhi keadaan kulit manusia dan setiap pengambilannya perlulah dikawal.

1. Gula memusnahkan protein dan lipid

depositphotos.com / pixabay.com

Gula bertanggungjawab untuk meningkatkan berat badan, meningkatkan kedutan pada kulit, mengendurkan kulit dan memberi kesan negatif terhadap kesihatan anda secara umum. Pengambilan gula yang berlebihan akan menjana proses glycation: pengambilan gula yang banyak akan membuat glycose terikat dengan protein dan lipid. Proses ini merosakkan kolagen kulit anda (kerana protein ini bertanggungjawab untuk ketegangan kulit) dan menggalakkan kedutan pada kulit.

2. Lemak trans melemahkan aliran darah ke kulit

pixabay.com / pexels.com

Lemak trans boleh didapati dalam makanan segera, makanan bergoreng dengan minyak yang banyak, marjerin, makanan di dalam tin, makanan ringan dan banyak lagi. Bukan sahaja menaikkan risiko penyakit jantung, tetapi makanan begini juga boleh mengeraskan arteri atau menyekat pembuluh darah. Keadaan ini akan melemahkan aliran darah ke kulit dan menyebabkan penuaan dan kedutan pramatang.

Berhati-hati dengan bungkusan yang dilabel “tiada kandungan lemak trans” kerana produk di dalamnya mungkin masih mengandungi di bawah 0.5g lemak trans.

3. Alkohol menjana toksin

pexels.com / pexels.com

Meminum segelas wain secara jarang tidak akan memberi kesan kepada tubuh anda, tetapi meminum wain secara berkala akan menjejaskan hati anda. Apabila hati anda berfungsi dengan baik, toksin dikeluarkan secara semulajadi melalui badan anda. Tetapi jika toksin ini terbina di dalam hati anda, toksin ini boleh menyebabkan kerosakan pada kulit anda, seperti jerawat, kedutan, kehilangan kolagen, hilang keanjalan, kemerahan, kulit yang kering dan bengkak.

4. Pengurangan pengambilan lemak sihat

pixabay.com / pixabay.com / depositphotos.com

Lemak yang sihat adalah penting untuk kesihatan anda dan keremajaan kulit anda. Lemak yang sihat boleh mengurangkan keradangan di kulit, menggalakkan pertumbuhan rambut, dan membina sel membran yang kuat yang mengurangkan kehilangan air di sel kulit, antara kelebihan lain.

Berikut adalah lemak sihat yang perlu diambil untuk mengekalkan kulit yang sihat:

  • Salmon
  • Biji Chia
  • Avocado
  • Badam
  • Germa Gandum
  • Semua kekacang dan biji
  • Sayuran berdaun hijau gelap
  • Telur Omega 3
  • Minyak kelapa

5. Garam mampu mengekalkan air

depositphotos.com

Garam yang berlebihan boleh didapati dalam banyak produk terkenal seperti keju, pizza pepperoni, kerepek, keropok, bijirin, dan lain-lain. Garam menyebabkan tubuh mengekalkan air dan membawa kepada rupa yang seakan-akan “bengkak”. Garam juga menyebabkan sel-sel mengecut dan membawa kepada dehidrasi. Air yang tidak mencukupi akan menyebabkan kulit menjadi kedut dan seterusnya menyebabkan penuaan.

6. Daging yang diproses menyebabkan dehidrasi

depositphotos.com / depositphotos.com

Dicintai oleh ramai orang, sosej, kepingan daging, bacon mengandungi banyak garam dan pengawet. Penggunaan daging yang diproses boleh menyebabkan dehidrasi dan mencetuskan keradangan.

Selain itu, produk ini mengurangkan vitamin C dalam badan yang penting untuk pembentukan kolagen. Cuba tukarkan pengambilan daging yang diproses dengan ayam atau ayam belanda. Sekiranya perubahan ini kelihatan terlalu sukar untuk anda, cuba untuk kurangkan pengambilan daging yang diproses dan tambahkan beberapa sayuran di dalam hidangan anda.

7. Daging yang dibakar sehingga mempunyai kesan bakar berwarna hitam boleh merosakkan kulit

depositphotos.com

Kesan bakar berwarna hitam pada daging anda mungkin mengandungi hidrokarbon pro-radang yang tidak baik untuk badan. Daging sebegini boleh merosakkan keperluan kulit anda seperti kolagen, yang membawa kepada penampilan yang lebih berumur. Walaupun, tidak ada keperluan untuk tidak lagi menyertai sesi BBQ dengan rakan-rakan anda, pastikan bahawa anda mengikis keluar kesan bakar hitam dari daging anda terlebih dahulu.

8. Kentang goreng menyedut mineral penting dari badan anda

 

depositphotos.com / depositphotos.com

Kentang hampir dengan serta-merta menjadi gula apabila masuk ke dalam badan kita. Makanan yang digoreng dalam minyak pada suhu tinggi melepaskan radikal bebas dan ini menyebabkan kerosakan sel pada kulit. Jika anda ingin menikmati kentang anda dengan cara yang paling tidak berbahaya, cuba cara masakan memanggang.

9. Kopi dan minuman berkafein mengeringkan kulit

pexels.com / depositphotos.com

Kafein adalah diuretik, yang menyebabkan anda mengeluarkan cecair dan mengurangkan kelembapan dalam badan anda. Hal ini seterusnya menjadikan kulit anda kering dan rapuh. Tetapi untungnya masalah ini dapat diselesaikan: hanya minum segelas air tambahan untuk setiap cawan kopi yang diambil. Juga, jangan lupa untuk melembapkan kulit anda.

10. Makanan pedas menyebabkan kemerahan dan bengkak pada kulit

pexels.com / pexels.com

Makanan pedas boleh menyebabkan rosacea pada kulit kerana makanan pedas boleh meleburkan saluran darah. Kesannya, kulit kelihatan merah, tidak sekata dan kurang muda. Pengambilan makanan pedas sekali-sekala tidak akan memberi kesan, tetapi pengambilan makanan pedas yang kerap boleh menyebabkan timbulnya urat labah-labah, bengkak, dan / atau kemerahan kekal.

Bonus: makanan yang baik untuk keremajaan kulit

pexels.com

Berikut adalah senarai produk terbaik yang akan membantu anda menjaga kulit anda agar kelihatan segar dan muda:

  • Delima: mengandungi vitamin dan antioksidan, membantu melawan kerosakan daripada matahari.
  • Minyak zaitun extra virgin: mengandungi omega 3 dan asid lemak yang baik untuk kulit.
  • Beri biru: kaya dengan antioksidan, buah ini membantu menjaga saluran darah elastik dan menurunkan tekanan darah.
  • Teh hijau: membantu mencegah kerosakan oksidatif pada kulit dari radiasi UV.
  • Sayuran berdaun hijau: seperti bayam dan salad jenis kale adalah sayur-sayuran anti-radang yang melawan penuaan dan kaya dengan vitamin K, A, C, dan E.
  • Ikan berlemak: seperti salmon, tuna, sardin, dan makarel adalah sumber asid lemak omega 3 yang dapat mengurangkan keradangan.
  • Air: memainkan peranan paling penting dalam memerangi proses penuaan. Minum air untuk mengekalkan organ dan sendi anda berfungsi dengan baik, untuk menyokong proses metabolik dan untuk menghidrat kulit anda.

Selamat mencuba!

Sumber: Bright Side

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular