Kejadian gempa bumi pada jam 1.01 dan 1.17 tengahari pada 18 April yang berukuran 6.1 skala Richter telah melanda wilayah Hualien di Taiwan. Seluruh wilayah itu merasakan gegaran bencana tersebut menyebabkan ramai penduduk yang berasa panik.

Kebanyakannya telah bergegas ke luar rumah, bangunan serta stesen kereta api dan mencari tempat perlindungan yang lebih selamat. Seramai 17 orang mangsa dilaporkan telah tercedera dalam kejadian gempa bumi terbesar di Taiwan pada tahun ini.

Sinchew / YouTube

Walau bagaimanapun, pada saat yang kritikal itu, sekumpulan jururawat mengabaikan keselamatan diri mereka demi melindungi bayi-bayi yang baru dilahirkan. Rakaman CCTV yang dimuat naik di halaman media sosial menjadi tular apabila ia memperlihatkan keberanian 3 orang jururawat sedang melindungi kesemua bayi dalam jagaan mereka.

Sinchew / YouTube

Menurut Sinchew, rakaman video itu diambil di sebuah pusat kelahiran dan perbidanan di Hualien, Taiwan apabila gempa bumi berlaku pada petang Khamis.

Pada mulanya, dapat dilihat bahawa pusat itu terasa gegaran yang kuat kerana beberapa katil bayi yang baru dilahirkan dilihat sedang bergerak-gerak. Salah seorang daripada tiga jururawat itu kemudiannya dilihat dengan pantas merangkul erat dua buah katil bayi yang paling terdekat sambil meluncurkan tangannya untuk menenangkan bayi yang sedang menangis.

Sinchew / YouTube

Sementara dua orang jururawat yang berada di belakang sedang memeluk dengan erat bayi yang berada dalam dakapan mereka pada ketika itu, kemudian dengan segera bergegas keluar untuk menyelamatkan bayi-bayi lain yang sedang berasa terganggu dengan gegaran yang kuat itu.

Mungkin tanpa terlintas langsung di hati mereka untuk menyelamatkan diri sendiri, kesemua jururawat itu telah mengabaikan keselamatan diri dengan terus berdiri teguh melindungi kesemua bayi yang baru dilahirkan ini demi memastikan bahawa mereka berada dalam keadaan yang selamat sehingga gegaran gempa itu berakhir.

Sinchew / YouTube

Jururawat ini juga dilihat terus membongkok di atas katil bayi supaya mereka boleh menggunakan badan sendiri untuk melindungi bayi secara fizikal sekiranya terdapat serpihan yang jatuh ke atas mereka. Jururawat yang sungguh berdedikasi, amat berani dan tidak langsung mementingkan diri sendiri.

Sinchew / YouTube

Rakaman video tersebut telah menjadi tular dan menarik perhatian netizen dengan ramai yang telah memuji serta berasa tersentuh dengan tindakan mulia dan berani kesemua jururawat ini. Ada yang mengatakan bahawa mereka seperti “malaikat” yang melindungi kesemua bayi daripada ditimpa kejadian tidak diingini. Syukur kesemua bayi dan jururawat di pusat ini berada dalam keadaan yang selamat selepas kejadian gempa bumi tersebut.

Lihat rakaman video di bawah.

YouTube

Sumber : Sinchew

Maybe you're interested :

Share

Video Popular