Dapur adalah antara tempat yang berbahaya di rumah. Ini kerana terdapat banyak alatan tajam dan berbahaya seperti pisau dan garpu, dapur masak, pengisar, cerek panas, bahan pencuci dan lain-lain. Di dapur, kita akan menyediakan bahan untuk memasak dan memasak di mana jika tersilap langkah boleh mengundang padah.

ikea

Kanak-kanak memang tidak dibenarkan bermain di dapur sama sekali. Namun ada masanya kanak-kanak perlu masuk ke dapur untuk mengambil makanan, minum air dan lain-lain keperluan. Disebabkan itulah dapur mestilah sentiasa berada dalam keadaan selamat.

Rock & Roll Day Care

Berikut adalah tips keselamatan di dapur bagi kanak-kanak.

1. Simpan barang berbahaya di tempat yang selamat

Ibu bapa perlu memastikan barang berbahaya seperti barangan kaca, pisau, gunting, garpu, ubat-ubatan, peralatan mencuci dan peralatan di dapur yang lain disimpan di tempat yang selamat dan sukar dicapai terutama anak kecil. Jika perlu kunci tempat simpanan tersebut.

rumahku.com

2. Pastikan ruang dapur masak selamat

  • Tempatkan dapur masak di penjuru dinding agar tidak mudah dijatuhkan.
  • Jangan letak barangan yang mudah terbakar berdekatan dengan dapur masak.
  • Pastikan suis dan gas ditutup selepas selesai memasak.
  • Selepas menjerang air, alihkan cerek panas dari dapur masak dan letak di tempat yang sukar dicapai oleh kanak-kanak.
  • Pastikan pemegang periuk, kuali dan cerek kukuh dan tidak mudah tercabut dan pastikan pemegang tersebut dihalakan ke arah yang sukar dicapai oleh kanak-kanak.
  • Awasi kanak-kanak daripada bermain berdekatan dengan makanan atau minuman panas yang dihadangkan.
  • Pasang penggera asap berhampiran dapur masak.
  • Sediakan selimut penebat api atau alat pemadam api di dapur.

3. Pastikan peti sejuk selamat

  • Pastikan bekas untuk menyimpan lauk mentah atau ubat-ubatan ditutup rapat dan tidak mudah dicapai atau dibuka oleh kanak-kanak.
  • Elakkan daripada menampal magnet hiasan pada dinding peti sejuk untuk mengelakkan daripada kanak-kanak menelannya.
  • Larang kanak-kanak daripada menyentuh permukaan yang berais dengan lidah mereka kerana lidah boleh melekat pada permukaan tersebut.
  • Larang kanak-kanak daripada masuk ke dalam peti ais.

babysecurity

4. Semua peralatan mencuci hendaklah disimpan di tempat yang sepatutnya

  • Simpan semua peralatan mencuci di tempat yang sukar dicapai oleh kanak-kanak.
  • Pastikan laci atau almari tempat penyimpanan alatan mencuci tersebut dikunci.

nisakay

Kesimpulannya, ibu bapa perlu sentiasa menemani kanak-kanak yang mahu masuk ke dapur dan jangan biarkan mereka bersendirian. Di samping itu, pastikan ruang dapur sentiasa bersih dan kemas supaya dapat mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.

Sumber: hellodoktor

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP Keluarga

Video Popular