Adakalanya ibu bapa lupa bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk mendidik anak-anak mereka di rumah. Ramai antara mereka yang menyerahkan sepenuh tanggungjawab mendidik dan mengajar anak kepada guru di sekolah. Akibat terlalu sibuk dengan kerja dan karier mereka sering mengabaikan peranan mereka sebagai ‘role model’ buat anak-anak.

Sebuah sekolah di Portugal telah mengambil untuk mengingatkan ibu bapa tentang tugas mereka mendidik anak-anak. Apa yang dilakukan ialah pihak sekolah menggantung sebuah poster di dinding sekolah untuk menegur ibu bapa supaya mendidik anak mereka mengenai adab di rumah.

Tidak lama kemudian poster tersebut menjadi ‘viral’ di media-media sosial


National Park Service

Poster tersebut menyenaraikan lima perkara penting mengenai adab-adab yang harus diajar kepada anak-anak  di rumah


Newsner

Benar, tugas guru memang mengajar tetapi di rumah anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapa sepenuhnya dan mereka perlu dididik oleh ibu bapa mereka tentang adab, sopan santun, saling menghormati dan lain-lain.


Flickr

Berikut adalah isi utama yang disenaraikan di dalam poster tersebut:

Ibu bapa yang dihormati,

  • Kami ingin mengingatkan anda bahawa kata-kata ‘magis’ seperti halo, tolong, sama-sama, saya minta maaf dan terima kasih, semuanya mula dipelajari di rumah.
  • Di rumah juga kanak-kanak belajar untuk bersikap jujur, menepati waktu, rajin, menunjukkan rasa simpati mereka dan juga menunjukkan rasa hormat kepada orang yang lebih tua dan semua guru mereka.
  • Rumah adalah tempat mereka belajar tentang kebersihan, tidak bercakap dengan mulut yang penuh, dan bagaimana / di mana untuk membuang sampah dengan betul.
  • Rumah juga adalah tempat di mana mereka belajar mengurus, menjaga barang-barang mereka dengan baik dan adalah tidak elok untuk menyentuh barang orang lain.
  • Di sekolah, di sisi lain, kita mengajar bahasa, matematik, sejarah, geografi, fizik, sains dan pendidikan jasmani. Kami hanya menambah baik asuhan dan didikan yang diterima oleh kanak-kanak daripada ibu bapa mereka di rumah.

Apakah pendapat anda mengenai poster tersebut? Anda rasa setuju dan perlukah poster seperti itu ditampal di dinding-dinding sekolah di Malaysia?

Sumber: Svenska Dagbladet, Newsner

Maybe you're interested :

Share

Video Popular