Sama seperti telefon mudah alih, badan kita juga memerlukan pengisian semula setiap hari. Tanpa makanan atau minuman, kita tidak akan mempunyai tenaga untuk berfungsi secara optimum dalam aktiviti harian. Kanak-kanak pula memerlukan makanan yang baik dan berkhasiat setiap hari untuk berkembang, belajar, dan terus sihat.

Tidak ada kanak-kanak yang perlu risau tentang dari mana asalnya makanan mereka yang seterusnya, dan program perintis di sekolah Indiana membantu menangani masalah kekurangan makanan untuk kanak-kanak.

WSBT-TV/YouTube

Banyak keluarga di Amerika Syarikat berjuang untuk memberi makanan yang mencukupi untuk keluarga mereka, dengan lebih daripada 12 juta kanak-kanak menghadapi masalah kelaparan pada setiap hari menurut Feeding America – iaitu satu daripada enam orang kanak-kanak tidak tahu sama ada mereka akan mendapat makanan yang seterusnya atau tidak. Di samping itu, terdapat berjuta-juta orang yang hidup dengan pendapatan rendah yang berjuang untuk memberi makan kepada keluarga mereka.

WSBT-TV/YouTube

Sering kali, masyarakat perlu memilih antara mahu membeli makanan atau membayar sewa. Kita perlu menjaga anak-anak kita, tanpa pemakanan yang betul, kebolehan pembelajaran kanak-kanak akan terjejas, dan penyakit mungkin akan dihidapi.

Berjuta-juta kanak-kanak Amerika Syarikat bergantung semata-mata pada sekolah untuk memberi mereka makanan, dan ini mungkin satu-satunya hidangan yang mereka dapat sepanjang hari. Tetapi anak-anak yang semakin meningkat dewasa memerlukan banyak makanan, jadi apa yang berlaku pada hujung minggu – adakah mereka diberi makan? Program sarapan pagi dan makan tengah hari di sekolah sememangnya memberi perbezaan, tetapi ada banyak lagi yang perlu dilakukan untuk membantu mengatasi masalah ini.

WSBT-TV/YouTube

Sekolah Komuniti Elkhart di Indiana telah menghasilkan idea yang hebat dan bekerjasama dengan Cultivate, sebuah pertubuhan tidak berkeuntungan, untuk memastikan anak-anak mempunyai makanan yang cukup pada hujung minggu.

CBS This Morning/Facebook

“Tumpuan utama kami adalah untuk mengumpul makanan yang telah disediakan tetapi tidak pernah dihidangkan dari organisasi atau perniagaan perkhidmatan makanan yang besar,” kata Jim Conklin, pengasas bersama dan ketua Cultivate, kepada TODAY.

“Pertubuhan ini memberi makan kepada orang pada setiap hari dan banyak kali mereka mempunyai makanan yang lebih kerana bilangan orang yang diberi makan pada setiap hari adalah berbeza-beza dan agak tidak menentu,” kata Conklin.

Ini memastikan bahawa kanak-kanak yang memenuhi kriteria dapat membawa pulang bungkusan makanan sejuk beku yang dibuat dari lebihan makanan di sekolah. Mereka kemudian boleh makan di rumah dan makan makanan tersebut pada hujung minggu.

Cultivate Culinary/Facebook

Program perintis, yang disokong oleh Akademi Kepimpinan Perdagangan Chambers, akan membolehkan 20 kanak-kanak dari sekolah membawa pulang lapan bungkus makanan sejuk beku pada setiap hari Jumaat.

Program ini akan berterusan sehingga akhir tahun sekolah, lapor CBS.

Bukan sahaja program ini dapat mengawal masalah kelaparan, tetapi menggunakan makanan yang berlebihan dari kantin sekolah juga dapat mengurangkan jumlah makanan yang sebelum ini dibuang.

 

Cultivate Culinary/Facebook

“Program ini memberi kesan besar,” kata Melissa Ramey dari Akademi Kepimpinan Chamber. “Saya berbangga dengannya. Sungguh menyakitkan untuk mendengar bahawa kanak-kanak pulang ke rumah pada hujung minggu dan mereka tidak mempunyai apa-apa untuk dimakan.”

Sistem Sekolah Elkhart, yang mempunyai 14 sekolah rendah, 3 sekolah menengah junior, dan 2 sekolah menengah di Indiana, berharap untuk memperkenalkan program inovatif ini ke sekolah lain. Sistem sekolah ini kini sedang mengusahakan untuk memperluas program makanan sebegini, menurut FOX News.

WSBT-TV/YouTube

Ternyata, ini sememangnya idea yang baik untuk menguruskan pembaziran makanan dan dalam masa yang sama dapat menyediakan makanan yang sangat diperlukan untuk kanak-kanak sekolah.

Ini adalah satu idea yang mempunyai potensi untuk dilaksanakan pada skala yang lebih besar.

Sumber: WSBT-TV/YouTubeCBS This Morning/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL Kempen

Video Popular