- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Pengunjung berpeluang tebus aiskrim percuma ketika kunjungi Mapex 2019

KUALA LUMPUR:  Bagi peminat aiskrim, mungkin ini berita terbaik untuk mereka mendapatkan aiskrim secara percuma.

OpenSnap [1]

Ini kerana Inside Scoop memberi peluang untuk menebus airkrim secara percuma sekiranya mengunjungi Pameran Expo Hartanah Malaysia 2019 (Mapex) yang berlangsung di Mid Valley Exhibition Centre (MVEC), Mid Valley.

NEWEVENT MALAYSIA [2]

Pameran tersebut adalah kerjasama Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) berlangsung selama tiga hari  bermula 26 hingga 28 April 2019.

Hanya dengan kaedah yang mudah, pengunjung hanya perlu menunjukkan siaran Facebook yang dimuat naik oleh Mah Sing Group [3] itu kepada kakitangan Inside Scoop di MVEC .

Mah Sing Group/Facebook [3]

Tindakan berkenaan bagi membolehkan pengunjung menebus aiskrim Inside Scoop secara percuma.

Begitu mudah! Jadi jangan lepaskan peluang terbaik ini.

VKeong [4]

Mapex 2019 yang berlangsung selama 3 hari itu menghimpunkan lebih daripada 72 pemaju hartanah dengan menawarkan sebanyak 17,420 hartanah kediaman dan komersial.

Pengerusi Jawatankuasa Mapex, Datuk Ng. Seing Liong berkata, kempen tersebut adalah satu inisiatif REHDA untuk menyahut hasrat kerajaan dalam bajet 2019 bagi pemilikan rumah.

StarProperty.my [5]

Seing Liong menambah, expo itu akan menawarkan harga pemilikan hartanah bermula RM300,000 hingga RM2.5 juta berserta diskaun yang akan ditawarkan oleh pemaju hartanah terbabit.

Kempen tersebut turut bekerjasama dengan tujuh agensi kewangan seperti CIMB Bank Berhad, Maybank dan Hong Leong Bank bagi membantu para pelanggan mendapatkan perkhidmatan kewangan.

Sumber: Utusan Online [6], Mah Sing Group/Facebook [3]

loading...