Baru-baru ini majalah terkemuka dunia TIME telah mengumumkan senarai 100 individu yang paling berpengaruh bagi tahun 2019. Individu tersebut dipilih daripada pelbagai latar belakang seperti pemimpin negara, artis, ikon dalam bidang muzik, ikon dalam bidang sukan dan lain-lain.

Menariknya mengenai pemilihan kali ini ialah Perdana Menteri negara kita, Tun Dr Mahathir Mohamad turut tersenarai antara 100 individu yang paling berpengaruh! Sebagai rakyat Malaysia, kita harus berbangga dengan pencapaian beliau yang diiktiraf global.

Kredibiliti Tun Mahathir untuk memimpin negara ternyata terserlah dan membuka mata ramai orang apabila beliau memenangi pilihan raya pada Mei 2018 pada usia 92 tahun. Seperti yang dikatakan oleh Clare Rewcastle Brown (pengasas Laporan Sarawak yang membongkar kisah skandal 1MDB), “Anda tidak perlu menjadi muda untuk mendapatkan kuasa.”

Selain Tun Mahathir, individu yang turut tersenarai sebagai 100 individu yang paling berpengaruh untuk edisi kali ini ialah Donald Trump, Zhang Yiming, Leana Wen, Mohamed Salah, Dwayne Johnson, Sandra Oh, Rami Malek, Glenn Close, Taylor Swift dan Lady Gaga.

Dikatakan pemilihan kali ini bukanlah semata-mata senarai individu-individu tertentu tetapi sebuah komuniti bagi beratus-ratus pemimpin yang saling menyokong dan mencabar antara satu sama lain.

Ketika sedang berhadapan dengan masalah yang memerlukan penyelesaian disiplin, mereka juga mempunyai cara untuk menghadapinya namun keunikan mereka yang luar biasa ini ialah mereka mampu melakukan sesuatu yang lebih luar biasa juga.

Syabas Tun Mahathir!

Sumber: TIME , ASTRO AWANI

Maybe you're interested :

Share

Video Popular