Haiwan kadang kala mempunyai firasat yang lebih baik daripada manusia. Mereka tahu saat di mana seseorang manusia itu memerlukan sesuatu.

Hal ini dapat dibuktikan apabila salah seorang ahli parlimen Rangitata, New Zealand, iaitu Andrew Falloon, berkongsikan foto bapanya yang baru sahaja pulang daripada hospital.

Bapanya, Falloon Sr. sebenarnya tidak membela mana-mana kucing. Namun, ketika dia sedar dari lelap, dia terlihat seekor kucing sedang selesa berada bersamanya. Mungkin kucing itu tahu bahawa dia memerlukan sedikit sokongan dan kasih sayang untuk sembuh.

Falloon Sr. bersama seekor kucing liar yang sedang selesa di atas badannya

Andrew Falloon|Twitter

Menurut tweet Andrew, ibunya telah membuka pintu dan mungkin daripada situ kucing berkenaan bertindak masuk ke dalam rumah.

“Ibu tiba di rumah dan mendapati mereka seperti berpelukan di atas sofa. Ibu kemudian menangkap gambar mereka sebelum mengejutkan bapa. Bapa terkejut apabila mendapati terdapat seekor kucing sedang selesa tidur bersamanya,” jelas Andrew.

Mereka sangat comel sehingga menyebabkan Andrew berkongsi foto tersebut di Twitter dan ia menerima respon daripada orang ramai.

Andrew tidak menyangka foto itu tular di internet, dan dia berkata, “Selepas ibu melihat foto yang saya kongsikan di Twitter, saya rasa ia mungkin boleh menceriakan hari orang yang melihatnya. Sebelum tidur, saya lihat ia mendapat ribuan tontonan dan ketika bangun keesokan harinya, ia telah ditonton lebih 10 juta kali.”

Andrew Falloon/ The Dodo

Jadi milik siapa agaknya kucing misteri berkenaan? Menurut Andrew, kucing tersebut mungkin milik mana-mana individu di kejiranan berkenaan. Ia bukanlah kali pertama kucing itu masuk ke rumahnya, namun ini merupakan kali pertama kucing tersebut naik ke pangkuan bapanya.

Difahamkan bahawa kucing berkenaan bernama Ziggy dan sudah menjadi hobinya untuk meronda-ronda. Tidak lama selepas bapanya tersedar, Ziggy turut beredar untuk sambung bersiar-siar.

Andrew menjelaskan bahawa ibu bapanya sudah bertahun tidak membela kucing. Ini kerana, ironinya bapa tidak begitu sukakan kucing namun mungkin kini ia telah berubah.

“Kehadiran Ziggy nampaknya sudah melengkapi hidup bapa saya. Mereka tidak perlu membela haiwan lain. Ibu bapa saya sangat gembira apabila Ziggy melawat mereka setiap hari.” Andrew gembira apabila bapanya dalam keadaan baik sekarang. Orang ramai pula tidak henti-henti membalas tweet kerana kagum dengan ikatan mesra antara mereka berdua.

Sumber: Andrew Falloon|Twitter , BoredPanda

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular