Lazimnya, apabila memakan ikan, kita pastinya mempunyai pilihan bahagian ikan kegemaran yang akan kita makan terlebih dahulu sebelum mula memakan bahagian ikan yang lain. Menariknya, pemilihan dan keutamaan yang anda lakukan itu sebenarnya boleh melambangkan personaliti diri anda sendiri.

Mari melakukan ujian ringkas yang menarik ini!

Pilih bahagian kegemaran anda di bawah dan rujuk penerangan yang seterusnya berdasarkan label bahagian ikan seperti di dalam gambar:

 

Label A: Bahagian kepala ikan,

Label B: Bahagian badan ikan

Label C: Bahagian perut ikan

Label D: Bahagian ekor ikan

A. Kepala ikan

Peratusan kedegilan: 40%

Anda sentiasa mengatakan bahawa diri anda tidak kesunyian, walaupun sebenarnya anda benar-benar kesunyian. Anda selalu disalah faham oleh orang lain tetapi enggan menjelaskan perkara yang sebenar. Anda sering merasa kesunyian hanya kerana orang yang anda inginkan tiada di sisi anda. Anda cenderung untuk melayan rakan-rakan dengan hati yang ikhlas dan bersungguh-sungguh. Anda tidak biasa untuk menghubungi rakan-rakan terlebih dahulu dan anda sering menunjukkan sisi tabah walaupun sebenarnya anda berada dalam keadaan yang lemah.

B. Badan ikan

Peratusan kedegilan: 60%

Anda boleh memberikan segala-galanya untuk orang yang anda fikir berharga pada anda. Tetapi anda tidak begitu mahir untuk menunjukkan emosi dan perasaan, jadi anda sentiasa memilih untuk berdiam diri. Dari pandangan orang lain, anda selalu kelihatan kuat dan tidak mudah terguris, tetapi sebenarnya hati anda mudah terluka. Anda suka melakukan sesuatu dengan bersendirian untuk melepaskan emosi anda dan anda juga tidak suka menerangkan apa-apa perkara.

C. Perut ikan

Peratusan kedegilan: 80%

Anda dilahirkan dengan kemampuan untuk meneliti dan mempunyai perasaan yang sensitif. Naluri dan pemerhatian anda adalah luar biasa. Anda bijak bersuara, boleh berbual dengan hampir semua orang, tetapi anda tidak pernah bercakap tentang diri sendiri, walaupun anda melakukannya, anda tidak akan bercakap tentang sesuatu yang terlalu berkaitan dengan diri anda. Dalam perhubungan, anda sangat bertanggungjawab apabila anda jatuh cinta kepada seseorang. Pemikiran anda adalah pantas tetapi tidak begitu pintar, anda seorang yang bertoleransi dan mempunyai rasa belas kasihan yang kuat.

D. Ekor ikan

Peratusan kedegilan: 99%

Sekiranya anda tidak berminat dengan seseorang, anda tidak akan menunjukkan apa-apa petanda. Anda tidak biasa menipu. Anda menolak semua orang yang tidak jujur. Keperibadian anda sangat sensitif. Anda sangat posesif dan mempunyai kebersihan mental yang serius. Jika anda suka seseorang atau sesuatu, anda cenderung untuk menjadi sangat setia, sehingga suatu hari anda merasa benci, kemudian barulah anda akan memilih untuk pergi. Anda tidak mudah marah, tetapi apabila anda marah, situasi akan menjadi sangat buruk.

Sumber: BLDaily

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular