Pasti ramai antara kita yang pernah mengalami pengalaman mempunyai seorang kawan yang walaupun mempunyai lesen memandu tetapi tidak mempunyai kereta sehingga selalu bergantung pada orang lain untuk mengambil atau menghantarnya ke rumah atau destinasi lain. Sebagai seorang rakan yang baik, anda pasti tidak mempunyai pilihan melainkan berkata setuju dengan permintaan mereka.

Tetapi lama-kelamaan ia pasti akan menjadi satu perkara biasa dengan kekerapan yang mungkin agak meletihkan. Terutama sekiranya rakan anda ini tinggal jauh dari kediaman anda.

Beberapa orang rakan kepada pemuda ini sedang merasakan perkara yang sama apabila mereka sering diminta untuk mengambilnya kerana dia tidak mempunyai kereta sendiri.

@Asanda_Goduka/Twitter

Oleh kerana mereka sudah berasa bosan mengambil dan menghantarnya ke sana sini sepanjang masa, rakan-rakan ini telah mendapat ilham dan idea cemerlang lagi bijak dengan memutuskan untuk membeli sebuah kereta untuknya. Bagusnya kawan!

Pengguna Twitter bernama @Asanda_Goduka telah memuat naik rakaman video mereka sedang memberi kejutan kepada rakan baik itu dengan kereta barunya di dalam sebuah bilik pameran. Dan klip video ini telah menjadi tular dan mendapat reaksi para netizen yang berasa kagum dengan sikap setia kawan yang telah ditunjukkan oleh sekumpulan rakan karib ini.

@Asanda_Goduka/Twitter

Terdengar laungan salah seorang daripada mereka dengan berkata, “Itu kereta kamulah, kawan!” Dan pemuda ini menjawab, “Apa maksud kamu kereta saya?”

Rakannya menjawab, “Kamu yang akan memandu!” Sementara yang lain berkata, “Saya sudah bosan asyik mengambil kamu. Sebenarnya semua orang sudah letih dan bosan asyik mengambil kamu. Jadi kamu memandu sendirilah selepas ini, kawan!”

@Asanda_Goduka/Twitter

Pemuda ini kemudian kehilangan kata-katanya selepas salah seorang rakannya meminta dia membelikan sarapan pagi untuk mereka selama dua minggu akan datang. Bunyi yang agak menarik dan amat adil!

Pemuda yang amat bertuah kerana mempunyai rakan-rakan yang amat baik hati dan pemurah. Mereka pasti begitu bosan menjadi pemandunya sehingga sanggup membelikan sebuah kereta untuknya.

Lihat rakaman video kejutan ini di bawah.

@Asanda_Goduka/Twitter

Sumber : @Asanda_Goduka/Twitter , World of Buzz

Maybe you're interested :

Share

Video Popular