Kasut yang baru mungkin kelihatan sangat sempurna dan bersih, bukan? Namun, jika kita memakainya kita akan dapati terhadap garisan atau lipatan halus pada bahagian hadapan kasut kita, lebih-lebih lagi jika kasut tersebut diperbuat daripada kulit.

@shanteldebonsu|Twitter

Ia seakan-akan ‘kedutan’ yang ingin kita hindari daripada kulit wajah kita sendiri. Pasti kita akan kecewa kerana kasut yang dibeli bukanlah murah.

Bagi mengatasi masalah berkenaan, kami akan kongsikan kepada anda tips mudah untuk menghilangkan tanda garisan pada kasut kesayangan anda. Ia sebenarnya dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter dan YouTube iaitu Shantel Dé Bonsu.

Anda hanya perlukan beberapa barang yang mudah didapati di rumah seperti sarung kaki (atau baju lama atau kertas tisu), tuala kecil, air panas dan seterika.

Langkah pertama, sumbatkan kasut anda dengan sarung kaki, baju-baju lama mahupun tisu sehingga bahagian atas kasut anda tidak bergerak jika anda menekannya.

Shantel Dé Bonsu|YouTube

Langkah kedua, basahkan tuala atau kain kecil dengan air panas, kemudian perahkannya. Letakkan tuala atau kain berkenaan pada bahagian atas garisan tersebut.

Shantel Dé Bonsu|YouTube

Langkah ketiga, seterika pada tuala atau kain berkenaan sehingga garisan halus berkenaan hilang. Untuk keselamatan, pastikan seterika anda tidak terlalu panas dan sentiasa kerap mengangkatnya bagi mengelakkan kasut anda terbakar.

Shantel Dé Bonsu|YouTube

Anda perlu bersabar kerana ia mengambil masa sedikit bagi menghilangkan garisan berkenaan. Itu sahaja langkahnya, mudah bukan? Kini, kasut anda akan kelihatan seperti baru sahaja dibeli.

@shanteldebonsu|Twitter

Untuk lebih jelas lagi, anda boleh saksikan video tutorial daripada Shantel sendiri:

Maybe you're interested :

Share

Video Popular