Sekali pandang, siapa sangka Puspa Dewi sebenarnya telah berusia 52 tahun dan mempunyai dua orang anak lelaki. Bintang Instagram ini kelihatan 3 dekad lebih muda dari wanita yang seusianya. Disebabkan itu, ramai orang sering tersalah anggap Puspa adalah teman wanita anak lelakinya apabila mereka keluar bersama.

2 tahun lalu, usahawan dari Jakarta, Indonesia ini memuat naik gambar dia bersama ahli keluarganya meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-50 di Instagram. Sejak itu, catatannya menjadi tular disebabkan netizen begitu kagum dengan dirinya yang kelihatan muda.

Ini gambar Puspa bersama suami, dua orang anak lelaki dan teman wanita anak lelakinya

Menurut Puspa, ‘kunci’ untuk kelihatan muda ialah dengan mengamalkan cara hidup yang sihat seperti melakukan senaman secara berkala dan makan makanan seimbang. Sejak usianya muda lagi, Puspa bermain badminton dan berenang dan baru-baru ini, dia pergi ke kelas aerobik dan zumba pada setiap hujung minggu.

Puspa juga berkata, kasih sayang yang diterima dari keluarganya juga adalah ‘rahsia’ dia kekal sihat dan muda

Menurut Puspa, makan makanan seimbang akan memberi kesan baik pada kesihatan tubuh dan anda akan merasai perubahan tersebut

Selain makan makanan seimbang, bersenam juga perlu sebagai pelengkap untuk mendapatkan badan yang sihat dan kelihatan muda

Puspa memang kelihatan muda seperti remaja 20-an. Jika orang yang tidak mengenalinya pasti beranggapan dia adalah kekasih kepada anak lelakinya

Keluarga adalah ‘hadiah’ yang tidak ternilai buat Puspa

Puspa menjalankan perniagaan makanan

“Orang kata semakin saya tua, semakin nampak muda yang mana saya rasa ada benarnya kerana kini saya gembira, anak-anak sudah besar dan saya menjalankan perniagaan yang saya suka. Saya rasa ini adalah seri kebahagiaan.” kata Puspa

Semoga anda semua terinspirasi dengan kisah Puspa yang mengamalkan cara hidup yang sihat.

Sumber: Instagram@puspadewihc

Maybe you're interested :

Share

Video Popular