Hidangan Barat seperi piza sering kali menjadi pilihan orang ramai, tidak terkecuali masyarakat Asia. Baunya sahaja sudah cukup membuatkan perut kita lapar. Inikan pula inti penuh di atas permukaan piza, serta lelehan keju yang melimpah ruah, pasti membangkitkan selera! Selain membelinya, piza juga boleh dibuat sendiri.

Bagi mereka yang malas menguli doh, jangan risau. Anda masih boleh lagi memasak piza sendiri dengan mengikuti perkongsian oleh Khairunnaim5 di Twitter.

Anda hanya perlukan:

1. Roti paratha segera

2. Sos spageti

3. Nanas (dipotong dadu)

4. Bawang besar (dipotong kecil)

5. Sosej (dihiris nipis)

6. Keju mozarella

7. Mentega (disapu pada permukaan dulang)

Berikut adalah cara-caraya:

1. Menyapu mentega pada permukaan dulang kemudian letakkan kepingan roti paratha

2. Panaskan ketuhar (api atas dan bawah) pada suhu 170°C.

3. Sapukan sos spageti di atas pemukaan roti paratha dan taburkan keju

4. Susun sosej dan taburkan pula nanas serta bawang

6. Taburkan pula keju di bahagian atas.

7. Bakar selama 20 minit.

8. Siap!

Kelihatan enak bukan? Apa kata anda cuba pula sendiri di rumah.

Sumber: Khairunnaim5

Maybe you're interested :

Share

Video Popular