Artis dan pelawak Kojo telah bergiat dalam bidang komedi selama separuh dari usia kehidupannya, tetapi hanya rancangan bakat “Britain’s Got Talent” yang akhirnya meletakkan namanya di mata dunia.

Pelawak veteran itu pernah mencapai kejayaan dalam bidang komedi, pernah melakukan persembahan bersama selebriti Dave Chapelle, bahkan membuka mata Kevin Hart pada tahun 2014. Namun Kojo mengakui dia hanya memfokus bagi membantu pelawak lain untuk berjaya sehingga kerjayanya sendiri semakin terjejas dan prospek dalam pekerjaannya semakin berkurangan.

Britain’s Got Talent/YouTube

Ketika Kojo melangkah untuk uji bakat itu, dia menyapa juri Alesha Dixon seperti teman lama. Rupa-rupanya, suami Alesha, Azuka Ononye dan Kojo telah mengenali satu sama lain selama hampir 10 tahun.

Britain’s Got Talent/YouTube

Selepas memulakan hidup baru bersama pasangannya dan bayi mereka, Kojo bertekad untuk mencipta namanya kembali dalam bidang komedi. Katanya, “Saya telah melakukan komedi selama 20 tahun dan menghabiskan sebahagian besar daripada 20 tahun dengan menggalakkan pelawak muda dan membantu mereka mencipta nama sendiri. Kini setelah memiliki seorang anak lelaki telah benar-benar menyedarkan saya betapa pentingnya untuk membuat sesuatu buat diri sendiri.”

Kojo memulakan lawaknya dalam masa 3 minit. Anda dapat melihat pengalamannya selama bertahun-tahun yang telah membawanya ke atas pentas menceritakan kehidupannya. Kojo mempunyai cara yang amat bersahaja apabila memulakan lawak jenaka. Terdapat banyak humor yang berdasarkan fakta bahawa dia seorang lelaki yang bekerja dalam dunia masyarakat berkelas tinggi. Jenakanya adalah tentang perkara biasa seperti betapa mahalnya teksi di Britain sebaik sahaja dia melangkah di dalamnya dan bagaimana gaya didikan bapanya yang berasal dari Ghana amat berbeza dan bersifat tegas.

Britain’s Got Talent/YouTube

Kata Kojo ketika memulakan persembahan, “Jika saya tidak mempunyai bahan lawak, maka saya akan mempunyai masalah,” Kemudian Kojo bercerita pengalamannya di sebuah bank ketika dia sedang pokai sehingga membuat juri Simon Cowell berasa tidak tertahan untuk ketawa.

Britain’s Got Talent/YouTube

Setelah selesai dengan persembahannya yang menggeletek hati para penonton dan juri, Kojo menerima penghormatan dengan tepukan gemuruh dan semua hadirin yang berdiri. Kojo bagai tidak mempercayainya dan tidak dapat menyembunyikan perasaan terharu apabila mendapat tepukan gemuruh seluruh auditorium sebagai dorongan buatnya untuk meneruskan kerjaya selama 20 tahun itu.

Kojo membongkokkan diri dan menunduk sambil memegang kepalanya tanda mengucapkan terima kasih kepada para penonton dengan sambutan itu kerana mereka mengetahui bahawa uji bakat ini amat penting buat dirinya. Reaksinya amat mengharukan membuatkan para juri juga turut merasainya.

Britain’s Got Talent/YouTube

Para juri memuji persembahan Kojo yang menghiburkan serta mengagumkan tetapi apa yang mengejutkan ialah reaksi Simon Cowell. Katanya, “Apa yang agak mengagumkan ialah saya dapat merasakan pada mulanya anda berasa amat gementar. Kemudian saya melihat para penonton mula memberi reaksi terhadap anda, dan anda juga memberi reaksi kepada mereka. Secara jujur saya katakan yang saya tidak pernah menyukai pelawak menyertai rancangan ini. Tetapi kali ini, saya telah jatuh cinta dengan jenaka anda.” Simon Cowell mengakuinya dan kemudian dia telah berdiri lalu menekan ‘Golden Buzzer’.

Britain’s Got Talent/YouTube

Alesha menjadi orang pertama yang berasa teruja meraikan kemaraan rakannya, Kojo ke pusingan secara langsung seterusnya secara automatik. Apabila konfeti emas berserakan di atas pentas, Kojo terduduk dengan perasaan bersyukurnya sambil mendengar sorakan penonton yang meriah. Kojo berasa amat terkejut dengan reaksi Simon Cowell yang sentiasa berhati keras, tetapi juri itu merasai mesej komedi yang telah berjaya disampaikan olehnya.

Britain’s Got Talent/YouTube

Perasaan yang amat mengharukan apabila melihat seorang yang telah bekerja keras sepanjang hidupnya tetapi tidak mendapat ganjaran setimpal, akhirnya telah menerima penghormatan dengan kejayaan seperti ini. Kojo memiliki bakat semulajadi yang layak untuk berdiri sama tinggi bersama pelawak legenda lain. Semoga Kojo terus berjaya di pusingan secara langsung seterusnya.

Lihat video persembahan Kojo di bawah.

Kredit : Britain’s Got Talent/Youtube

Sumber : Britain’s Got Talent/YouTube , Inspiremore

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular