Siapa sahaja yang tidak sukakan biskut yang rangup, sedap dan menarik. Sekali rasa, memang akan berulang memakannya. Tambahan pula, menjelang kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang  semakin menghampiri, ramai orang sudah mula melakukan persiapan berhari raya. Dari pakaian baharu, hiasan rumah baharu sehinggalah ke kuih raya yang sudah siap ditempah.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: asmaradayana

Oleh itu, menerusi entri ini kami akan berkongsi dengan anda resipi biskut Coco Pops badam coklat yang sangat mudah untuk disediakan dan tidak memerlukan bahan yang banyak. Menariknya, biskut ini juga tidak memerlukan oven untuk membakarnya. Hebat sekali!

Resipi ini adalah ihsan kongsian Cik Eila di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  1. 300 gram coklat masakan
  2. 500 gram hirisan badam
  3. 400 gram (1 kotak) bijirin Coco Pops
  4. 4-6 sudu besar mentega kacang

Kredit: Cik Eila/Facebook

Kredit: Cik Eila/Facebook

Kredit: Cik Eila/Facebook

Cara-caranya:

1. Sangaikan (goreng tanpa minyak) hirisan badam sehingga warnanya sedikit perang, teksturnya menjadi ringan dan rangup.

Kredit: Cik Eila/Facebook

2. Cairkan coklat masakan dengan menggunakan kaedah double boil atau dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro.

3. Setelah coklat masakan cair, masukkan mentega kacang ke dalam coklat masakan tadi untuk rasa yang lebih berlemak.

Kredit: Cik Eila/Facebook

4. Seterusnya, masukkan bijirin Coco Pops dan hirisan badam ke dalam campuran coklat sebentar tadi. Kemudian, gaul rata (tanpa api atau haba).

Kredit: Cik Eila/Facebook

Kredit: Cik Eila/Facebook

5. Tuangkan adunan ke dalam cawan kertas dengan segera. Jika adunan menjadi keras ketika proses menuang, lakukan kaedah double boil.

Kredit: Cik Eila/Facebook

6. Biarkan adunan pada suhu bilik sehingga sejuk kemudian biskut boleh disimpan di dalam bekas kedap udara. Atau, adunan juga boleh terus disimpan di dalam peti sejuk.

Mudah sungguh resipi ini! Selamat mencuba!

Resipi asal: Azlina Yusof

Sumber: Cik Eila/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Resipi

Video Popular