Setiap manusia mengalami pasang surut dalam kehidupan masing-masing. Kadangkala kita berada di atas, kadangkala kita akan berada di bawah.

Namun, apa yang penting adalah jangan sesekali mengalah dengan apa jua cabaran dan dugaan yang menimpa anda.

Gambar di bawah menunjukkan empat jenis bot yang boleh memberi gambaran tentang bebanan yang sedang anda tempuhi pada waktu ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah hanya memilih salah satu daripada keempat-empat bot yang anda rasakan bergerak dengan sangat perlahan.

Bot A

Jika anda memilih Bot A, indeks anda sekarang berada di tahap ketiga. Anda terasa sederhana letih tetapi masih boleh mencipta mekanisme untuk pertahanan diri. Apabila anda merasakan ada seseorang bakal mendatangkan masalah kepada diri anda, anda mampu untuk menenangkan diri dan membiarkan segalanya berlaku mengikut keadaan.

Bot B

Jika anda memilih Bot B, indeks anda sekarang berada di tahap kelima. Ia mungkin disebabkan anda telah berpengalaman dalam merasai penderitaan yang begitu banyak dalam hidup. Anda sentiasa tertekan dengan hasil keputusan yang tdak begitu baik meskipun anda telah berusaha sebaik mungkin. Jadi, sebaiknya anda perlulah sentiasa bertenang dan tidak terlalu memikirkan dugaan yang menimpa.

Bot C

Jika anda memilih Bot C, indeks anda sekarang berada di tahap keempat. Anda terlalu banyak berfikir tentang cara untuk melakukan pekerjaan atau tugasan seterusnya. Bagaimanakah pandangan majikan terhadapa anda. Tekanan sebegini menyebabkan anda tidak dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik. Disarankan agar anda melakukan sesuatu yang kurang beban dan bersikap lebih terbuka. Lakukan apa yang sekadar anda mampu.

BOT D

Jika anda memilih Bot D, indeks anda sekarang berada di tahap pertama. Anda tidak mempunyai begitu banyak masalah sekali gus menyebabkan anda kurang tertekan. Secara keseluruhannya, anda akan tetap menghadapi segala cabaran dengan sikap yang positif. Personaliti anda membuatkan kehidupan anda menjadi lebih bahagia kerana anda mudah berpuas hati dengan setiap perkara.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular