Pada masa kini amat sukar bagi kita untuk mempercayai bahawa sikap keprihatinan dan kemanusiaan itu sebenarnya mampu dipulihkan, dan penghantar makanan GrabFood di Toa Payoh, Singapura menunjukkan contohnya apabila mereka dengan bermurah hati membuat kebaikan dengan mudah dan ia amat menyentuh hati.

Dalam satu post di Facebook, salah seorang penghantar makanan memuat naik usaha amal dan kebajikan yang mereka lakukan secara bersama-sama buat golongan gelandangan di Toa Payoh.

GrabFood Delivery Rider Singapore/Facebook

Dipercayai para penunggang penghantar makanan ini telah berkumpul bersama pada 13 April untuk melakukan perjalanan amal dengan mencari tempat tinggal gelandangan dan memberi mereka beberapa bungkusan makanan yang telah disediakan secara bergotong-royong.

GrabFood Delivery Rider Singapore/Facebook

Para penghantar makanan ini telah membeli beberapa kotak makanan berupa biskut dan minuman dan mereka telah berkumpul di satu ruangan kosong sebuah bangunan pangsapuri. Mereka mula membungkus beg makanan satu persatu sebelum bersedia untuk diagihkan.

GrabFood Delivery Rider Singapore/Facebook

Setiap orang daripada mereka melakukan usaha itu sambil bergurau dan tertawa riang sebelum mula bergerak mencari golongan gelandangan untuk mengagihkan dan mengedar makanan.

GrabFood Delivery Rider Singapore/Facebook

Tidak dapat dipastikan berapa ramai penghantar makanan GrabFood yang telah terlibat  tetapi kelihatan seperti terdapat sekitar 20 orang penunggang yang menjalankan usaha itu. Setelah selesai membungkus makanan, mereka mula mengelilingi kejiranan dengan menggunakan kenderaan ‘Personal Mobility Devices’ (PMDs) mereka sambil mencari gelandangan yang tinggal di jalanan.

GrabFood Delivery Rider Singapore/Facebook

Pada masa ini, mereka telah menemui beberapa orang gelandangan yang tinggal di lorong-lorong, di bangku taman awam dan beberapa kawasan lain.

GrabFood Delivery Rider Singapore/Facebook

Kumpulan penunggang penghantar makanan GrabFood juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada beberapa orang penderma dan penyumbang yang membantu dengan berkata, “Terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam acara amal ini dengan memberi sumbangan mereka dalam bentuk derma, masa dan usaha sehingga memungkinkan kerja ini akhirnya menemui kejayaan.”

GrabFood Delivery Rider Singapore/Facebook

Para netizen berasa amat tersentuh dan memuji usaha murni yang telah dilakukan kumpulan penunggang penghantar makanan GrabFood ini dengan ada di antara mereka telah mendapat inspirasi untuk melakukan perkara yang sama pada masa hadapan. Semoga golongan ini akan terus diberkati dengan tugas mulia yang dilakukan.

Teruskan melakukan kebaikan demi mengembalikan kepercayaan kepada sifat kemanusiaan.

Sumber : GrabFood Delivery Rider Singapore/Facebook, World of Buzz

Maybe you're interested :

Share

Video Popular