Ketika majlis perkahwinan telah disediakan dengan baik, tetamu sudah memenuhi ruang majlis namun pengantin perempuan tiba-tiba menghilangkan diri pada hari perkahwinan memang meninggalkan ‘kesakitan’ yang mendalam pada pengantin lelaki.

Kisah pengantin lelaki ditinggalkan mungkin jarang kita dengar namun pada 8 April yang lalu, seorang pengantin perempuan rakyat Kemboja tiba-tiba menghilangkan diri dan meninggalkan pengantin lelaki sendirian di hari bahagia mereka.

Pengantin lelaki ialah seorang yang kurang upaya, tidak boleh berjalan dan hanya menggunakan kerusi roda untuk bergerak. Disebabkan itulah pengantin perempuan meninggalkannya atas bantahan dan halangan dari keluarga.

Walau bagaimanapun, majlis perkahwinan yang sudah disediakan dengan rapi itu tetap diteruskan sementelah tetamu sudah mula datang.

Untuk melengkapkan majlis perkahwinan tersebut, adik perempuan pengantin lelaki memakai pakaian pengantin, duduk disebelah abangnya dan bertindak sebagai ‘pengganti’ pengantin perempuan. Walaupun tindakan adiknya itu dilihat sangat murni, namun itu tidak dapat menghapuskan kesedihan yang ditanggung oleh pengantin lelaki.

Pengantin lelaki yang berkerusi roda itu tidak dapat menahan kesedihannya lalu menangis. Adik pengantin lelaki yang turut bersedih itu menyeka air mata yang mengalir di pipi abangnya.

Jarang sekali kita melihat orang lelaki menangis tetapi untuk kali ini, tangisan itu tidak dapat ditahan lagi. Pengantin lelaki benar-benar terluka dengan apa yang telah terjadi kepadanya.

Majlis perkahwinan tersebut menjadi tular di media sosial. Rata-rata netizen berasa kasihan dan berterima kasih kepada adik pengantin lelaki kerana sanggup berkorban dengan bertindak sebagai ‘pengganti’ pengantin perempuan demi maruah abang dan keluarganya.

Ada juga netizen yang menyelar sikap pengantin perempuan yang meninggalkan pengantin lelaki pada hari perkahwinan mereka.

Jodoh, ajal, maut di tangan Tuhan. Jika kita diuji seperti ini, tabah dan sabarlah menghadapinya. Memang orang lain tidak akan faham betapa peritnya menanggung penderitaaan itu, namun hidup perlu diteruskan. Siapa tahu mungkin ada jodoh yang lebih baik akan datang kepada kita pada masa yang tepat nanti.

Sumber: COCO , SOHA

Maybe you're interested :

Share

Video Popular