Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berkongsi senarai makanan kegemaran rakyat Malaysia yang mengandungi kadar garam yang tinggi untuk membantu kita dengan mudah untuk mengenal pasti makanan-makanan tersebut.

Koleksi Resepi Emak/Gambar Hiasan

Sekiranya anda tidak tahu, senarai itu dikongsi sempena Minggu Kesedaran Garam 2019 yang bertujuan untuk menggalakkan pemakanan yang sihat dengan menasihati orang ramai untuk mengawal pengambilan garam mereka.

pritikin.com

Senarai yang dikongsi melalui Twitter oleh KKM Putrajaya tersebut menyatakan bahawa makanan-makanan tersebut mengandungi kadar garam yang tinggi kerana penggunaan banyak sos dan perencah dalam masakan tersebut.

Berikut adalah tujuh jenis makanan yang mengandungi kadar garam yang tinggi:

1. Mee Kolok/Kampua mee

2. Mee kari

3. Sayur goreng sos tiram

4. Mee segera goreng

5. Mee sup

6. Sayur goreng ikan masin

7. Nasi goreng

Menurut portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, garam merupakan sebatian bukan organik yang mengandungi mineral penting yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam jumlah yang kecil.

Walaupun garam adalah penting untuk metabolisma tubuh, pengambilan garam yang berlebihan boleh meningkatkan risiko:

  • Tekanan darah tinggi
  • Penyakit kardiovaskular

Selain itu, garam berlebihan dalam badan boleh menyebabkan cecair dalam badan terkumpul dan membebankan buah pinggang. Oleh itu, anda perlu mengambil kurang daripada 1 sudu teh garam sehari untuk mengelakkan penyakit.

Sumber: , MyHealth

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular