Apa nak buat? Selepas melihat kucing peliharaan saya, saya mula percaya pada cinta semula…

Seorang netizen memelihara sepasang kucing putih dan kucing kelabu. Ibu kucing yang berwarna putih itu telah bunting dan berjaya melahirkan anak-anaknya dengan selamat. Apa yang berlaku selepas itu benar-benar menyentuh hati pemilik kucing tersebut bahkan hati sesiapa yang melihatnya.

Sebaik sahaja ibu kucing melahirkan, ayah kucing dilihat mendekati ibu kucing dan menciumnya. Seluruh peristiwa itu benar-benar mengharukan dan manis sekali!

Netizen itu menerangkan ayah kucing yang berbulu kelabu itu akan membenarkan ibu kucing makan terlebih dahulu dan kadang-kadang ia akan keluar dan membawa pulang beberapa mainan untuk ibu kucing main. Pasangan kucing ini ternyata sangat menyayangi antara satu sama lain.

Mata pasangan kucing ini penuh dengan kasih sayang dan melihat perlakuan mereka membuatkan hati kita sebak dan rasa bersyukur

Apabila ayah kucing berada disamping mereka, ia akan mencium ibu kucing dengan lembut dan dengan menggunakan lidahnya, ia akan menjilat ibu kucing dan anak-anaknya. Jelas sekali bahawa kasih sayang juga turut wujud dalam diri haiwan

Nampaknya ayah kucing ini sangat sayang kepada keluarganya. Anak-anak kucing… cepatlah membesar dan sayangilah ibu bapa anda seperti mereka menyayangi anda!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular