Kanak-kanak sememangnya merupakan pemerhati terbaik terhadap apa sahaja yang dilakukan oleh golongan dewasa.

Lebih-lebih lagi kedua ibu bapa mereka, di mana mereka ibu bapa sebenarnya merupakan individu terdekat yang menjadi contoh model peranan buat anak masing-masing.

Seperti dua orang gadis kecil ini yang mungkin kerap menyaksikan orang dewasa di sekeliling mereka berswafoto menggunakan telefon bimbit. Namun mereka sedikit berbeza kerana menggunakan selipar.

Kanak-kanak berkenaan menggunakan selipar untuk ‘menangkap’ gambar foto mereka. Gambar ‘aksi’ mereka berkenaan berjaya dirakamkan dan dikongsi di laman sosial media oleh seorang pengguna Facebook, MinhPhương.

Perkongsian video berkenaan mendapat tontonan oleh 11 juta pengguna dan dikongsi sebanyak 236,000 kali. Rakaman tersebut menunjukkan terdapat dua orang budak perempuan sedang duduk bersama sambil salah seorang memegang selipar bewarna biru sebagai ‘telefon bimbit’.

Walaupun tidak menggunakan telefon bimbit sebenar sebaliknya hanya menggunakan selipar, mereka nampaknya masih seronok dan sangat menikmati saat-saat indah berkenaan.

Mereka juga pandai berpose sambil menguntumkan senyuman yang manis seakan-akan sedang bergambar menggunakan kamera sebenar. Lihatlah betapa comelnya mereka ini!

Sepertinya mereka ini sangat berimaginatif, mereka kelihatan seperti sedang melihat kembali gambar swafoto yang ‘diambil’ sebelumnya.

Jika dilihat pada keadaan dan lokasi jarinya, ia seperti dia benar-benar sedang menekan butang yang lazimnya terdapat pada telefon bimbit ketika sedang menggunakan kamera. Selain gambar bersama, kanak-kanak berkenaan turut ‘mengambil’ foto rakannya yang bergaun putih.

Netizen yang melihat aksi mereka ini segera sedar bahawa selipar biru yang digunakan sebagai telefon bimbit tersebut sebenarnya kepunyaan seorang lagi budak perempuan di sebelah mereka berdua. Lucu sungguh!

Mari kita lihat rakaman video yang menunjukkan aksi comel mereka ‘berswafoto’:

Sumber: Happy ShareMinh Phương

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular