Anda memang biasa menggunakan cawan. Setiap hari anda menggunakan cawan untuk minum terutama minuman yang panas. Namun, bagaimana cara anda memegang cawan? Pernahkah anda memerhatikan tangan anda ketika memegang cawan yang hangat?

Tahukah anda bahawa dengan cara anda memegang cawan sebenarnya dapat menyingkap sedikit sebanyak tentang sifat perbadi anda yang mungkin anda tidak sedar. Tidak percaya? Lihat sendiri analisa di bawah dan perhatikan diri anda, sama atau sebaliknya?

A. Cara pertama

Anda adalah orang yang tekun dan sabar. Selepas anda memutuskan untuk melakukan sesuatu perkara, anda tidak akan berputus asa dan terus tekun untuk mencapai matlamat anda.

Anda berfikir bahawa selagi anda mempunyai keikhlasan dan kesanggupan untuk bekerja keras, meskipun anda tidak dapat menawan hati orang yang digemari, anda berasa sudah memadai kerana anda telah melakukan yang terbaik. Rugi bagi sesiapa yang tidak suka atau tidak menghargai anda!

B. Cara kedua

Anda membenci konflik dengan orang lain, jadi anda cuba untuk tidak mengatakan perkara buruk tentang orang lain dan ini adalah sifat peribadi yang baik!

Anda mudah untuk bergaul dengan semua orang dan seorang yang sangat aktif dalam komuniti, hampir tidak ada orang yang mengatakan perkara buruk mengenai anda.

Tetapi anda juga agak kesunyian. Apabila anda mempunyai sesuatu yang perlu dikhuatiri, kadang-kadang anda tidak tahu kepada siapa untuk diceritakan atau daripada mana untuk memulakan cerita. Hal ini kerana anda tidak mahu orang lain bimbang mengenai anda dan anda seorang yang sangat mengambil berat tentang orang lain.

Dapat berkawan dengan anda adalah satu rahmat!

C. Cara ketiga

Pandangan anda mengenai orang lain mudah dipengaruhi oleh kata-kata dan pendapat orang lain. Apabila anda merasakan bahawa seseorang itu adalah tidak ‘okay’ maka anda tidak akan mahu berkawan dengannya tetapi jika anda berubah fikiran anda akan bergaul dengan seseorang itu dengan lebih mendalam.

Anda seorang yang berterus terang. Jika anda suka akan sesuatu anda akan segera bertindak dan jika anda tidak suka akan sesuatu anda akan pergi jauh dari situ.

Anda juga seorang yang sangat berani dan yakin. Apabila rakan anda menghadapi masalah, anda akan segera memberi bantuan dan mereka adakalanya sangat bergantung pada anda, jadi anda sentiasa menjadi orang yang sangat disenangi dan popular!

D. Cara keempat

Tidak kira sama ada anda perasaan atau tidak, anda sebenarnya tidak suka konflik dengan orang lain.

Fikiran anda sangat sensitif dan halus dan anda sering berfikir tentang orang lain. Anda lebih suka bekerja lebih keras dan tidak membiarkan orang lain bimbang.

Di mata orang lain, anda adalah orang yang berfikiran rasional, jelas dan mempunyai hubungan yang sangat baik dengan orang-orang di sekeliling anda.

Perhubungan anda bermula sebagai rakan biasa. Apabila anda mengetahui tentang satu sama lain, secara beransur-ansur hubungan tersebut berkembang menjadi hubungan yang lebih jauh. Kerana ini, hubungan anda sangat stabil dan anda menghargai orang lain. Orang di sekitar anda berasa selamat untuk berada bersama anda!

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular