Melihat ayah sendiri berkahwin dengan ibu saudara setelah pemergian ibu adalah sesuatu yang menyakitkan. Bayangkan ayah kita berkahwin dengan adik perempuan ibu sejurus sahaja kematian ibu? Sungguh itu adalah perkara yang menyakitkan sebagai anak kerana ianya seolah-olah sebuah pengkhiatan yang jelas.

Itulah yang dirasakan kepada seorang netizen apabila ayahnya berkahwin dengan ibu saudaranya sejurus kematian ibunya. Namun, hakikatnya di sebalik itu ada kisah yang tersembunyi…

Sudah lima tahun saya tidak pernah pulang semula ke rumah sejak ayah dan ibu saudara berkahwin. Saya bukannya sibuk tetapi saya tidak sanggup melihat ayah dan mak cik tinggal di rumah yang sama. Saya tidak akan lupa apa yang berlaku lima tahun dahulu selepas sahaja ibu meninggal.

Bagi saya apa yang mereka lakukan adalah sebuah pengkhianatan. Hanya Tuhan yang tahu sudah berapa lama mereka telah menjalinkan hubungan walaupun ketika itu ibu saya masih hidup.

Selepas mereka berkahwin saya keluar meninggalkan rumah dan tinggal sendiri, jauh daripada mereka. Ayah sering mencuba untuk menghubungi saya tetapi saya tidak pernah menjawab dan membalas panggilan atau mesejnya.

Namun begitu, ayah tidak pernah berputus asa atau gagal menghantar mesej kepada saya. Dia selalu bertanya khabar dan meminta saya untuk pulang semula ke rumah walaupun sekejap.

“Pulang ke rumah? Adakah saya masih mempunyai rumah? Ayah saya telah berkahwin dengan mak cik saya sendiri dan semua itu telah memusnahkan rumah saya,” kata saya kepada diri saya sendiri.

Tapi, seiring berjalannya waktu, saya mula merindui ayah. Kebencian kini perlahan-lahan memudar. Sebelum ini, bapa saya memberitahu bahawa dia mahukan saya untuk ada di sampingnya ketika meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-60.

Setelah lama berfikir-fikir saya akhirnya memutuskan untuk pulang ke rumah, lagipun saya amat rindukannya.

Sebaik sahaja saya tiba di rumah, saya terkejut melihat keadaan ayah saya semakin tua dan lebih kurus berbanding lima tahun lalu. Saya tidak merasakan apa-apa apabila saya melihatnya bersama ibu saudara saya tetapi masih ada rasa sakit. Saya hanya boleh tersenyum.

Ayah saya kemudian menoleh ke arah saya. Dia berkata, “ayah tahu kamu mesti terfikir mengapa ayah berkahwin dengan mak cik kamu. Memandangkan kamu sudah pulang, ayah rasa ini adalah masa yang sesuai untuk memberitahu kamu akan kebenarannya. Sebenarnya kamu bukan anak kandung ayah.”

Mendengar kata-kata itu membuatkan saya sangat terkejut.

Ayah senyap seketika sebelum dia memulakan semula bicaranya, “ketika itu ayah sudah mempunyai hubungan dengan mak cik kamu dan ibu kamu pula mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Lelaki itulah yang telah membuat ibu kamu hamil dan kemudian melarikan diri kerana tidak mahu bertanggungjawab.”

“Untuk mengelakkan orang ramai daripada menyebarkan khabar angin tentang ibu dan keluarganya, saya diminta untuk berkahwin dengan ibu kamu. Mak cik kamu bersetuju dan sejak kamu dilahirkan ayah telah menganggap kamu seperti anak sendiri.”

“Kemudian ibu kamu jatuh sakit dan sebelum pemergiannya, dia meminta ayah untuk berkahwin dengan mak cik kamu dan itu adalah permintaan terakhirnya.”

“Dia meminta kami untuk berkahwin secepat mungkin sejurus selepas pengebumiannya dan itu adalah sebab mengapa ayah berkahwin dengan mak cik kamu. Semua orang tahu mengenai perkara ini termasuklah nenek dan datuk kamu.”

Saya sangat terkejut mendengar apa yang disampaikan ayah. Saya kecewa, keliru dan sedih kerana mereka memilih untuk menyembunyikan kebenaran itu daripada saya selama ini.

Tetapi apabila saya melihat betapa gembiranya ayah saya ketika dia akhirnya dapat hidup dengan cinta hatinya, saya bersyukur dan bahagia untuk mereka. Saya juga berterima kasih atas pengorbanan yang telah mereka lakukan.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular