- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

9 fakta tentang tubuh wanita hamil yang jarang diketahui dan menunjukkan betapa hebatnya tubuh seorang wanita

Lebih 350,000 orang bayi dilahirkan setiap hari [1]. Dengan begitu banyak bilangan wanita yang hamil, seseorang akan mengandaikan bahawa segala-galanya mengenai kehamilan adalah maklumat umum. Tetapi, tidak ramai yang tahu fakta bahawa ketika proses kehamilan, tubuh wanita mengalami banyak perubahan dan sesetengahnya benar-benar mengejutkan.

Dalam artikel ini, kami akan memukau anda dengan 9 fakta kehamilan yang luar biasa yang tidak begitu terkenal tetapi menunjukkan betapa hebatnya tubuh seorang wanita.

#1 Kehamilan yang paling lama diketahui adalah selama setahun dan 10 hari

Depositphotos.com [2]

Seorang wanita berusia 25 tahun dari Los Angeles melahirkan bayi selepas hamil [3] selama 375 hari tidak seperti kehamilan normal yang mengambil masa selama 280 hari.

#2 Wanita hamil dan ibu yang baru melahirkan boleh mengeluarkan susu secara automatik apabila mereka mendengar tangisan bayi (walaupun bukan bayi mereka sendiri)

universityofcalifornia.edu [4]

Pengeluaran susu ibu menyebabkan pelepasan hormon oxytocin [5], yang merangsang pengeluaran susu. Walaupun dengan hisapan daripada bayi adalah pencetus biasa, namun oxytocin juga boleh dibebaskan kerana rangsangan lain seperti melihat foto bayi anda, memikirkan bayi anda, atau mendengar suara bayi yang menangis (walaupun bayi itu bukan bayi anda) .

#3 Rahim boleh mengembang dari saiz buah pic kepada saiz buah tembikai sepanjang tempoh kehamilan

Depositphotos.com [6]

Saiz rahim berkembang [7] dengan banyak semasa kehamilan. Bermula dari saiz pic, rahim akan berkembang kepada kira-kira saiz betik semasa trimester kedua. Semasa trimester ketiga, rahim akhirnya akan berkembang kepada kira-kira saiz buah tembikai sebelum berhenti berkembang lagi.

#4 Semasa kehamilan, saiz kaki wanita boleh membesar sehingga satu saiz yang lebih besar disebabkan pengekalan cecair

Live Science [8]

Bengkak [9] adalah normal semasa kehamilan kerana terdapat tambahan darah dan cecair di dalam badan. Semasa kehamilan, badan menghasilkan 50% lebih cecair untuk memenuhi keperluan bayi yang sedang berkembang. Bengkak boleh berlaku di tangan, muka, kaki, pergelangan kaki, dan tapak kaki.

#5 Pertumbuhan rambut lebih banyak ketika wanita sedang hamil

BabyCenter [10]

Perubahan hormon semasa kehamilan boleh membuat rambut tumbuh dengan lebih cepat, dan kurang gugur. Rambut yang tumbuh juga boleh menjadi lebih kuat daripada rambut yang sedia ada. Juga, rambut mungkin akan tiba-tiba tumbuh di tempat-tempat yang tidak diingini seperti muka, perut, atau sekitar puting.

#6 Wanita boleh melahirkan bayi walaupun setelah diisytiharkan mati otak

Kredit: Depositphotos.com [11]

Walaupun kes sebegini jarang berlaku, namun tubuh pesakit hamil yang mati otak boleh berfungsi [12] untuk melahirkan janin.

#7 Tubuh wanita boleh melahirkan bayi seberat hampir 14 pound (6.35 kg) tanpa epidural

 

View this post on Instagram

 

He ain’t heavy, he’s my bubba! Biggest baby born ever at the Mercy Hospital for Women today. Weighing in at over 6 kg, baby Brian Junior Liddle surprised even his mum Natashia Corrigan when, after a seven hour labour, he popped out. Picture: David Caird. #Heraldsun #melbourne #mercyhospital @mercy #newborn #baby #whopper [13]

A post shared by Herald Sun [14] (@heraldsunphoto) on

Kredit: heraldsunphoto/Instagram [15]

Melahirkan bayi boleh menjadi sangat menyakitkan, sebab itulah ramai wanita kini memilih epidural untuk meringankan rasa sakit. Walau bagaimanapun, seorang ibu [16] dari Australia ingin mengekalkan pengalaman melahirkan bayinya secara normal. Dan bayi yang dilahirkan adalah seberat 6.35 kg!

#8 Semasa mengandung, darah membeku dengan lebih cepat

What to Expect [17]

Untuk mengurangkan [18] kehilangan darah semasa proses melahirkan, darah cenderung untuk membeku dengan lebih cepat berbanding biasa.

#9 Anda dan bayi anda mungkin suka makanan yang sama

What to Expect [19]Depositphotos.com [20]

Perisa dari makanan seorang wanita hamil akan dihantar ke cairan amniotik yang kemudiannya dimakan oleh bayi di dalam rahim. Ini boleh memberi kesan [21] pada pilihan rasa bayi apabila mereka mula makan makanan pejal kelak.

Sumber: Bright Side [22]

loading...