Haiwan peliharaan anjing bukan sahaja boleh menjadi rakan dan penjaga yang baik kepada pemiliknya, manusia tetapi juga terhadap rakan daripada kalangan spesiesnya sendiri.

Satu rakaman video menunjukkan seekor anjing spesies Border Collie dengan sepantas kilat bergegas menyelamatkan nyawa anjing Chihuahua ketika sebuah kereta sedang berundur di sebuah kediaman di Gaspe City, Quebec, Kanada.

Menurut Daily Mail, seorang wanita yang merupakan pemilik anjing mempunyai tiga ekor anjing yang termasuk Chihuahua dan Border Collie ini. Rakaman menunjukkan anjing-anjing ini sedang bermain bersama seorang lelaki di luar rumah mereka yang bersalji. Tidak lama kemudian wanita ini telah berjalan menuju ke keretanya untuk pergi ke satu tempat.

Anjing lain dan pemiliknya yang seorang lagi telah tidak kelihatan dari kamera, dan wanita ini dilihat sedang mengundurkan kenderaan SUV miliknya untuk keluar dari jalan masuk bersalji. Walau bagaimanapun, si kecil Chihuahua tiba-tiba muncul dan berlegar-legar dengan berjalan berdekatan kereta yang sedang mengundur itu.

Tiba-tiba dengan sepantas kilat, rakannya si Border Collie yang menyedari bahaya akan muncul, telah bergegas dan berlari untuk mendapatkan anjing kecil ini dengan menggonggongnya sebelum membawanya ke tempat yang lebih selamat.

Pemandu kereta iaitu wanita itu menyedari situasi yang sedang berlaku apabila dia sempat menoleh pada cermin pandang belakang dan telah kembali untuk melihat sama ada kedua-dua anjing itu berada dalam keadaan yang selamat.

Kata wanita ini dalam rakaman video itu, “Saya melihat sesuatu pada cermin kereta saya. Mula-mula saya berfikir dengan cemas yang saya telah menggilis anjing sendiri.”

Untuk memastikan apa yang telah berlaku, wanita tersebut telah keluar dari kenderaan itu dan kedua-dua anjing ini telah menghampirinya. Wanita ini kemudian telah memeluk anjing Chihuahua dan memuji tindakan berani Border Collie yang telah menyelamatkan nyawa rakannya yang amat berharga.

Pemilik kedua-dua anjing ini berasa amat lega dan gembira kerana tiada apa-apa insiden tidak diingini yang telah berlaku. Mujurlah anjingnya si Border Collie itu amat peka dan berjiwa berani.

Lihat video di bawah:

RM Videos/YouTube

Sumber : RM Videos/YouTube , Oriental Daily

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular