Bukan mudah untuk menempah kejayaan. Setiap jalan yang dilalui pastinya penuh liku dan cabaran. Setiap hari ada sahaja yang perkara dan ujian yang datang sehingga membuatkan kita adakalanya seperti mahu berputus asa.

Namun, di sebalik semua cabaran itu pasti ada sesuatu yang menguatkan semangat sehingga kita akhirnya berjaya hingga ke ‘garisan penamat’.

Kekuatan yang luar biasa dimiliki kanak-kanak ini apabila dia sanggup berjalan ke sekolah setiap hari dengan hanya menggunakan sebelah kakinya. Selama enam tahun itulah rutinnya sehingga dia diberikan anugerah di atas kegigihannya untuk menuntut ilmu.

Laluannya untuk pergi ke sekolah juga bukan mudah. Di Filipina jika berbicara mengenai sekolah itu bermakna pelajar harus melalui jalan yang penuh liku. Mereka perlu menyeberangi sungai tanpa jambatan atau menggunakan bot dan mereka perlu membuat laluan mereka sendiri.

Itulah yang perlu dilalui oleh Jean Arija Daipal setiap kali dia ingin ke sekolah. Berjalan sejauh dua kilometer untuk ke sekolah adalah perkara biasa buatnya. Apa yang lebih mencabar ialah apabila dia perlu berjalan dengan hanya menggunakan sebelah kakinya!

Facebook / Junar T Mahilum

Namun, di sebalik semua kesusahan itu dia cekal dan terus kuat. Ketekunan dan ketabahannya untuk pergi ke sekolah telah memberi inspirasi kepada ribuan orang lain termasuk pelajar di sekolahnya. Kisahnya juga telah tular di Facebook apabila cerita mengenainya telah dikongsi oleh Junar T Mahilum.

Facebook / Junar T Mahilum

Junar yang merupakan Pengetua 1 di Jabatan Pendidikan (DepEd) di Toboso, Negros Occidental di Filipina tengah telah berkongsi kisah mengenai Jean yang telah menerima anugerah di atas usaha kerasnya yang telah pergi ke sekolah walaupun dalam keadaannya yang kurang sempurna.

Menurut Junar, dia tersentuh hati apabila melihat keazaman Jean untuk berjalan ke sekolah selama 6 tahun sehingga dia berjaya menyelesaikan pendidikan dasarnya di sekolah.

Facebook / Junar T Mahilum

Dia menambah bahawa Jean sanggup melakukan apa sahaja untuk menyelesaikan sesi persekolahannya. Walau bagaimanapun, Jean tetap berharap bahawa suatu hari nanti dia boleh berjalan dengan kaki prostetik supaya lebih mudah baginya untuk pergi ke sekolah.

Facebook / Junar T Mahilum

Apa yang lebih menyentuh hati apabila ada netizen yang sudi untuk menawarkan diri untuk menaja kaki palsu yang diperlukan Jean. Semoga suatu hari nanti impian Jean untuk mendapat kaki palsu akan tercapai dan dia akan lebih mudah untuk berjalan ke sekolah!

Sumber: Junar T Mahilum|Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular