Berita baik buat penggemar aiskrim Baskin-Robbins sekalian. Bagi menyambut ulangtahun ke-31, jenama aiskrim popular berkenaan membuat promosi istimewa ; beli 1 percuma 1 daripada hari Isnin hinggalah hari Jumaat.

Promosi berkenaan yang bermula pada 15 April lalu, dihebahkan menerusi laman rasmi Baskin-Robbins di Facebook semalam. Waktu promosi pula difahamkan bermula jam 12 tengah hari hingga 3 petang.

Anda boleh membeli satu sudu aiskrim (dalam kon atau cawan sahaja, tidak termasuk kon waffle) ataupun minuman teh sejuk.

Jangan lupa bahawa Baskin-Robbins 31 juga menawarkan double junior scoop untuk satu harga sempena promosi Pink Wednesday yang sedang berlangsung.

Apa yang seronoknya, promosi ini akan berlangsung sehingga penghujung tahun ini, termasuklah pada hari cuti umum di kesemua cawangan Baskin-Robbins di seluruh negara. Dapatkan segera ya!

Sumber: brmalaysia/InstagramSays, Baskin-Robins/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP

Video Popular