Seorang remaja dari Toledo, Ohio telah ditangkap mencuri di sebuah kedai serbaneka 7-Eleven berdekatan tempat tinggalnya.

ABC

Seorang penduduk Ohio yang kebetulan berada di 7-Eleven tersebut ketika kejadian itu berlaku telah berkongsi kejadian tersebut di Facebook .

Lelaki itu, bernama Cedric, berada di kedai tersebut ketika seorang remaja ditangkap cuba mencuri makanan ringan. Pemilik 7-Eleven itu, Jitendra Singh, menyedari aktiviti tersebut dan menghentikan remaja itu, lalu mengarahkan juruwangnya untuk menghubungi 911.

Apabila ditangkap, remaja tersebut memberitahu Jitendra bahawa dia mencuri kerana dia dan adiknya dalam kelaparan dan tidak mempunyai makanan untuk dimakan.

Pada ketika ini, Jitendra memberitahu juruwangnya supaya tidak meneruskan laporan polis dan menawarkan remaja itu untuk mengambil makanan “sebenar” (bukan hanya makanan ringan) dari kedainya, secara percuma.

“Pemilik berkata, ini bukan makanan. Anda mahu makanan? Saya akan memberi anda makanan, ” tulis Cedric.

GoodNewsNetwork

“Pemilik kedai itu pergi mengambil ayam, sosej gulung, dan piza serta 2 liter air. Saya fikir ini adalah satu perkara menakjubkan yang dilakukan olehnya. Saya sangat tersentuh, saya memberi remaja itu $ 10. Sesetengah remaja perlu tahu bahawa ada yang mengambil berat tentang mereka,” tambah Cedric.

Jitendra telah menerima pujian daripada orang ramai kerana tidak menyerahkan remaja tersebut kepada pihak polis, malah memberikan makanan percuma kepada remaja berkenaan.

Dia berkata bahawa dia cuba menggunakan kedudukannya sebagai pemilik kedai untuk membantu mereka yang memerlukan. Beliau memberitahu sebuah stesen berita tempatan, “Ia tidak akan memberi sebarang perbezaan kepada saya jika saya memberikannya makanan kerana kami membuat banyak makanan, kami menjual banyak makanan [tetapi] jika dia masuk penjara maka ia akan mengubah nasib remaja tersebut. ”

GoodNewsNetwork

Bukan itu sahaja, Jitendra berkata dia dengan senang hati akan menawarkan remaja itu pekerjaan untuk membantunya memenuhi keperluan hidup.

Ternyata Jitendra sangat mengambil berat tentang kebajikan untuk orang yang memerlukan.

Sumber: ABCGoodNewsNetwork

Maybe you're interested :

Share

Video Popular