Tidak semua antara kita yang bertuah, hidup dengan kesenangan dan kemewahan serta sempurna tubuh badan untuk menjalani kehidupan seharian.

Kita mungkin tidak nampak apa yang berlaku di luar sana tetapi sedar atau tidak masih ada golongan yang kurang bernasib baik. Namun sesukar manapun hidup, mereka tetap tidak berputus asa malah dengan gigih menggunakan saki-baki kudrat yang ada untuk menjalani hidup dengan sebaik mungkin.

Itulah yang dilalui oleh lelaki miskin ini yang hidup bersama dengan ibunya yang berusia 91 tahun. Apa yang paling menyentuh hati ialah dia sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan ibunya mendapatkan segala yang diperlukan.

Bunyinya seperti cerita-cerita biasa namun kali ini ‘hero’ yang dimaksudkan adalah seorang lelaki kurang upaya yang telah kehilangan kedua-dua belah tangannya.

Chen Xinyin, 48 telah kehilangan tangannya ketika dia berusia tujuh tahun akibat terkena renjatan elektrik. Pada usia 20 tahun pula bapanya telah meninggal dunia dan meninggalkannya bersama ibunya. Hidup mereka bertambah sukar apabila ibunya jatuh sakit.

Oleh kerana hidupya daif ramai orang menasihatinya untuk mengemis namun dia menolak idea tersebut dengan jawapan, “saya masih mempunyai dua kaki dan saya tidak akan mengemis untuk hidup.”

Boleh anda bayangkan bagaimana dia harus menggalas tugas sebagai ketua keluarga dengan keadaannya seperti itu?

Chen Xinyin kehilangan tangannya selepas terkena renjatan elektrik ketika dia berusia 7 tahun. Pada usianya 14 tahun dia mula bekerja di ladang keluarga dan pada usia 20 tahun pula bapanya meninggal dunia.

Chen terpaksa belajar melakukan segala-galanya dengan menggunakan kakinya termasuk untuk melakukan kerja-kerja memasak.

Parut yang ada pada kakinya adalah akibat terkena pisau ketika pertama kali dia menggunakannya. 

Tanpa kedua-dua belah tangannya, Chen menggunakan anggota tubuhnya yang lain untuk melakukan semua kerja dan tugas. 

Tiada seorang pun yang tampil untuk membantunya selepas ibunya menjadi lumpuh.

Oleh kerana ketiadaan kedua-dua belah tangan, Chen menyuapkan makanan ke mulut ibunya dengan menggunakan sudu yang digigitnya.

Chen bukan sahaja melakukan kerja-kerja bertani sendiri malah dia jugalah yang menjaga rumah.

Sesetengah pekerjaan yang dilakukannya adalah sesuatu yang benar-benar luar biasa.

Pernah ada orang yang mencadangkan supaya Chen keluar mengemis namun dia tegas dengan mengatakan bahawa dia masih mempunyai kaki dan dia tidak akan mengemis untuk meneruskan hidup.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular