Beberapa hari lagi, tayangan filem hebat sepanjang zaman iaitu Avengers: Endgame akan di pawagam seluruh dunia dan pasti ramai yang tidak sabar untuk menontonnya!

Dalam filem sebelumnya yang turut berjaya menggemparkan para peminat Avengers seluruh dunia iaitu Infinity War, babak terakhir menunjukkan bagaimana Thanos telah berjaya mengumpul kesemua enam biji Batu Infiniti. Dengan adanya batu-batu tersebut, Thanos memiliki kuasa terhebat di mana dia telah menghapuskan hampir 50% makhluk di muka bumi dengan begitu mudah!

Lowyat

Kini, dalam filem Endgame yang bakal ditayangkan tidak lama lagi, adiwira-adiwira pujaan ramai akan menentang Thanos, si penjahat gergasi. Namun, mungkin ada di antara anda yang belum sempat menonton filem Infinity War sebelum ini. Jadi, jangan risau kerana filem ini akan ditayangkan semula di pawagam beberapa hari sebelum filem akhir Endgame memecah panggung.

TGV Cinemas akan mengadakan tayangan semula filem Avengers: Infinity War pada 20 April ini dengan harga tiket sebanyak RM10 sahaja! Bagaimanapun, hanya panggung terpilih sahaja akan menayangkan filem ini seperti di 1 Utama, Sunway Pyramid, Tebrau City dan juga Gurney Paragon.

Lowyat

Selepas itu, anda mempunyai masa beberapa hari untuk bersedia dengan adegan hebat dan aksi menarik dalam tayangan filem Endgame yang memaparkan bagaimana Captain America dan rakan-rakannya berusaha untuk mengalahkan Thanos dan mengembalikan rakan-rakan lain yang telah ditewaskan.

Jangan lupa untuk rebut peluang menyaksikan pertarungan hebat antara Thanos dan Avengers dalam filem Avengers: Endgame pada 24 April ini.

Sumber: Lowyat

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN

Video Popular