Baru-baru ini, tular di media sosial apabila rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki berlari laju menuju ke arah pintu kaca di lobi Hospital Putrajaya dan terus melanggarnya sehingga pintu kaca tersebut pecah berderai.

Kredit: Harian Metro/YouTube

Menurut Harian Metro, suspek berkenaan sebelum itu cuba mencuri motosikal di parkir pelawat tetapi gagal dan terus berlari ke arah lobi apabila dikejar orang awam.

Suspek yang berusia 28 tahun itu kemudiannya bersembunyi di dalam hospital berkenaan sebelum berjaya diberkas pada jam 3.30 petang, 15 April, iaitu 3 jam setelah kejadian pelanggaran pintu kaca tersebut.

Kredit: Harian Metro/YouTube

Menurut Ketua Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan, pengadu ternampak suspek cuba menghidupkan motosikal jenis Yamaha 125Z tanpa menggunakan kunci dan cuba untuk menghalangnya. Kerana terkejut dengan teguran berkenaan, suspek terus berlari dan melanggar pintu kaca lobi.

Rosly berkata, siasatan awal mendapati suspek berkenaan berasal dari Machang, Kelantan dan mempunyai beberapa rekod jenayah lampau termasuk kes curi kenderaan, menipu dan merompak.

Kredit: Harian Metro/YouTube

Beliau turut berkata bahawa pemilik motosikal yang terlibat juga sudah membuat laporan polis di Balai Polis Presint 7 selepas kejadian itu.

Berikutan hal itu, sebuah rakaman kamera litar tertutup berdurasi 11 saat telah dikongsi oleh pihak hospital yang menunjukkan saat-saat suspek dilihat berlari laju dan melanggar pintu kaca sehingga pecah sebelum melarikan diri.

Sumber: Harian Metro, Harian Metro/Youtube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular