Rambut yang segar dan bermaya sering menjadi impian setiap insan terutama wanita. Ini kerana bagi wanita, rambut adalah mahkota mereka yang tidak ternilai. Namun untuk menjaga rambut bukanlah semudah yang disangka.

goodhousekeeping.com

Banyak faktor yang menyebabkan rambut mudah rosak dan rapuh seperti:

  • Rambut terdedah di bawah cahaya matahari secara berlebihan.
  • Rambut kurang nutrisi dan kering.
  • Membasuh rambut secara berlebihan.
  • Menggunakan air yang berklorin.
  • Menggunakan produk rambut yang tidak bersesuaian.
  • Perubahan hormon.
  • Kerap mewarnakan rambut.
  • Kerap mengubah gaya rambut.
  • Cara pemakanan yang tidak seimbang.

Garnier

Cara menjaga rambut supaya tidak mudah rapuh dan rosak:

1. Gunakan minyak

Penggunaan minyak zaitun, minyak kelapa, minyak badam, minyak jojoba dan minyak jagung pada rambut dapat merawat rambut kering dan menyinarkan rambut. Semua minyak ini mengandungi vitamin E dan antioksidan yang membantu menghalang lapisan luar rambut daripada menjadi kering.

Shopee

2. Memilih produk yang bersesuaian dengan rambut

Setiap orang mempunyai keperluan penjagaan rambut yang berlainan. Anda harus cari, pilih dan gunakan produk yang bersesuaian dengan rambut anda sendiri. Elakkan daripada menggunakan produk yang mengandungi alkohol atau bahan silikon sebaiknya gunakan produk yang mengandungi bahan semula jadi seperti minyak zaitun, minyak kelapa dan sebagainya.

3. Potong rambut apabila perlu

Jika anda dapati rambut anda terlalu kering, rapuh atau bercabang, potonglah rambut yang rosak itu. Apabila sudah dipotong, rambut baharu akan tumbuh dengan lebih sihat.

liveabout.com

4. Jaga pemakanan

Untuk mendapatkan rambut yang sihat, anda perlu amalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang. Elakkan daripada makan makanan yang berminyak dan banyakkan makanan yang mengandungi omega-3 dan antioksidan seperti ikan tenggiri, tiram, beri biru, tomato, brokoli dan lain-lain lagi.

Beauty Skin

5. Mencuci rambut

Walaupun mencuci rambut dapat membuang segala kotoran dan peluh tetapi secara tidak langsung sebum iaitu minyak semula jadi yang menjadikan rambut anda mudah dijaga tersingkir melalui cucian rambut. Oleh itu, elakkan mencuci rambut setiap hari.

Hair.com

Sumber: hellodoktor

Maybe you're interested :

Share

Video Popular