Kebanyakan manusia pada zaman ini kurang menunjukkan kasih sayang terhadap orang tua masing-masing.

Hanya kerana mereka tua, kita sering kali mengabaikan kebajikan dan juga perasaan mereka yang memerlukan anak-anak sentiasa berada di sisi.

Sehinggakan ada yang bertindak menghantar ibu bapa ke rumah orang tua atas alasan tidak mampu memelihara mereka lagi walhal mereka adalah insan yang membawa kita ke dunia dan berusaha demi memastikan kita hidup dengan selesa.

Tetapi, kisah gadis ini yang sanggup mengendong neneknya berusia 88 tahun ke tempat kerja benar-benar membuka mata kita mengenai erti kasih sayang keluarga yang sejati…

Ketika masih kecil, gadis ini telah ditinggalkan oleh kedua ibu bapanya yang pergi ke bandar untuk bekerja. Justeru, selama dia membesar, neneknya yang menjaga dan menggantikan tempat untuk menjadi ibu bapanya.

Kini, gadis ini telah mencapai kejayaan membanggakan apabila dia memiliki sebuah restoran. Meskipun sibuk dengan perniagaan, dia langsung tidak mengabaikan tangungjawabnya untuk membalas segala jasa dan budi si nenek.

Justeru, gadis ini akan mengendong nenek tuanya itu ke restoran pada setiap hari semata-mata tidak mahu membiarkan neneknya keseorangan di rumah. Hal ini kerana semasa dia kecil, neneknya tidak pernah berjauhan dan sentiasa ada untuk menemani gadis ini.

Penularan kisah ini turut menerima respon daripada netizen yang khuatir sekiranya nenek tersebut tidak dapat membiasakan diri dengan kehidupan bandar. Namun hakikatnya, nenek ini sangat menyukai suasana bandar dan gemar berbual dengan para pelanggan.

Sesungguhnya, apa yang dilakukan oleh gadis ini benar-benar membuatkan kita semua tersentak dan mengingati kedua orang tua yang berada di kampung. Bila agaknya kali terakhir anda menghubungi ibu bapa anda dan bertanya khabar mereka? Jangan sesekali asingkan diri anda daripada keluarga. Segera bertindak sebelum semuanya terlambat…

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular