- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Kebakaran rumah panjang Uma Bawang : Bomba sahkan 407 mangsa hilang tempat tinggal

BELAGA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bintulu, Sarawak mengesahkan seramai 407 mangsa hilang tempat tinggal selepas rumah panjang mereka di Uma Bawang, Sungai Koyan, di Skim Penempatan Semula Sungai Asap musnah dalam kebakaran petang semalam.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Mohamad Meramit, kesemua mangsa itu adalah penghuni di dua daripada lima blok rumah panjang di Uma Bawang.

Kosmo [1]

“Seramai 198 orang adalah dari blok D manakala 209 lagi mangsa dari blok E. Kebakaran disyaki bermula dari salah sebuah bilik di blok D,” katanya ketika dihubungi sumber.

Menurut Mohamad Meramit, kesemua mangsa berjaya menyelamatkan diri semasa kejadian namun seorang wanita berusia 70 tahun melecur di bahagian belakang apabila masuk semula ke rumah panjang untuk mengambil barang.

Mangsa telah dibawa ke Hospital Bintulu untuk menerima rawatan.

 

Bernama [2]

Menurut beliau, kebanyakan mangsa kini menumpang sementara di rumah saudara-mara yang tinggal di tiga lagi blok rumah panjang tersebut.

Katanya, punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan.

Pihak bomba menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 6.03 petang, dan 11 anggota serta jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu dikerahkan ke lokasi kejadian.

Berita Harian [3]

Beliau berkata perjalanan ke tempat kejadian memakan masa kira-kira dua jam melalui Jalan Bintulu-Bakun.

Sebelum ketibaan pihaknya, kebakaran berjaya dikawal pada jam 7 petang oleh Pasukan Bomba Sukarela Uma Daro, Sungai Asap dengan kekuatan 45 anggota.

Operasi memadam kebakaran tamat pada jam 2.21 pagi.

Sumber : Bernama [2] , Siakap Keli [4]

loading...