BAITULMUQADDIS:  Kawasan kompleks Masjid Al-Aqsa dilaporkan terbakar, waktu yang sama gereja Notre Dame di Paris terbakar.

Seorang pengawal di Masjid al-Aqsa, Antar al-Hazmawi berkata, kebakaran berpunca dari sebuah bilik pengawal di luar bumbung Masjid Marwani.

Astro Awani

“Api mula marak dari bilik pengawal terletak di luar bumbung masjid terbabit namun berjaya dipadamkan oleh anggota bomba pihak berkuasa wakaf,” katanya yang dipetik The New Arab.

Satu rakaman di media sosial menunjukkan terdapat asap serta api dari bumbung Masjid Marwani dan Kandang Kuda Nabi Sulaiman.

Ketua Pengarah Hal Ehwal Al-Aqsa dan Jabatan Wakaf Baitulmaqdis, Sheikh Azzam al-Khatib memberitahu stesen televisyen Jordan, Al Mamlaka bahawa kebakaran tercetus dari perkarangan masjid.

Malah, maklumat awal menunjukkan kemungkinan kebakaran tersebut berpunca daripada perbuatan kanak-kanak yang bermain di situ.

Sementara itu, siasatan berhubung kebakaran dilaporkan kini sedang dijalankan termasuk menyoal siasat seorang pengawal yang sepatutnya bertugas ketika kejadian.

Masjid Marwani terletak di bahagian bawah di sudut tenggara antara Al Haram Al Sharif yang turut menempatkan Kubah Batu dan Masjid Al Aqsa.

Masjid Al-Aqsa sinonim dengan peristiwa Israk dan Mikraj dalam sejarah Islam bagi mengenangkan perjalanan Nabi Muhammad SAW dibawa menghadap Allah.

Sumber: Harian Metro, Sinar harian, Awani

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular