Bukan mudah untuk menerima hakikat bahawa seseorang telah meninggalkan kita terutama jika pemergian mereka adalah buat selamanya. Setiap hari yang pernah dilalui bersama hanya tinggal kenangan yang tidak mungkin terpadam dan tidak mungkin juga untuk diulang semula. Kesannya pasti mendalam dan memerlukan masa untuk sembuh semula.

Itulah yang dirasai oleh seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun, Ella Lennon dari Kilmarnock yang telah kematian ibunya akibat kanser. Oleh kerana terlalu rindu akan ibunya dia telah menulis sepucuk surat sempena Hari Ibu buat ibunya, Jennifer.

Surat tersebut berbunyi, “Kepada ibu di syurga. Selamat Hari Ibu. Saya sayangkan ibu, Ella.”

Twitter/@Lindaa_x

Jennifer dikatakan telah meninggal dunia selepas berjuang melawan penyakit tumor otaknya selama empat tahun.

Linda Ross

Kanak-kanak itu tidak mengharapkan apa-apa balasan selepas meletakkan surat tersebut di dalam peti surat.

Twitter/@Lindaa_x

Namun, suratnya telah dibalas oleh pekerja dari Royal Mail.

Twitter/@Lindaa_x

Jawapan balas surat tersebut menceritakan betapa Jennifer sangat bangga dengan Ella. Antara isi surat itu ialah;

“Kepada Ella yang cantik. Terima kasih di atas kad ucapan Hari Ibu yang istimewa ini. Kamu adalah satu di antara sejuta dan ibu sangat menyayangi kamu.”

Twitter/@Lindaa_x

“Kamu membesar menjadi seorang gadis yang sangat pandai dan istimewa, dan ibu sangat berbangga dengan kamu. Dan walaupun ibu di syurga, ibu melihat kamu setiap hari!”

Mak Cik Ella, Linda Ross kemudiannya berkongsi cerita tersebut di media sosialnya.

Dia menceritakan bahawa Ella telah menghantar surat buat ibunya di ‘syurga’ sempena Hari Ibu dan seseorang dari Royal Mail telah membalas surat tersebut sehingga membuatkan Ella sangat gembira. Wajah Ella bercahaya ditambah dengan senyuman lebarnya. Linda juga berterima kasih atas apa yang telah dilakukan kepada anak saudaranya.

Cerita ini bukan sahaja mengembirakan Ellah bahkan telah menyentuh hati ramai netizen di Twitter. Apa yang dilakukan oleh pekerja Royal Mail telah menunjukkan bahawa masih ramai orang yang baik di dunia ini!

Sumber: Daily Mail, Linda Ross/Twitter

Maybe you're interested :

Share

Video Popular