Salah satu cabaran besar yang perlu dihadapi oleh pekerja asing adalah meninggalkan keluarga dan negara tercinta demi mencari peluang pekerjaan di negara lain.

Ada segelintir daripada golongan ini yang berpuluh-puluh tahun tidak menemui keluarga kerana ingin mengubah nasib di negara orang.

Bagaimanapun, lelaki ini membuktikan bahawa meskipun dia jauh beribu-ribu batu daripada keluarganya, dia akan memastikan dia menghubungi ahli keluarga untuk melepaskan rindu.

Caranya? Dia akan berjalan jauh ke stesen kereta api bawah tanah demi ‘menemui’ yang tersayang…

Ge Yuanzheng datang daripada wilayah perkampungan Henan lalu berhijrah ke pusat bandar Shanghai demi mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik sekali meningkatkan taraf hidup keluarganya.

Bekerja sebagai buruh binaan, Yuanzheng menerima pendapatan sebanyak RM127 ke RM164 sehari. Bagi menjimatkan perbelanjaan, dia dan beberapa lagi rakan sekerja lain menetap di asrama kecil dan hanya menggunakan gaji untuk keperluan asas. Selebihnya dihantar ke keluarga di kampung.

Yuanzheng begitu jimat berbelanja sehinggakan dia tidak pernah menjejakkan kaki ke mana-mana pusat pelancongan di Shanghai kerana takut duitnya akan habis untuk membeli perkara yang tidak perlu.

Di samping itu, Yuanzheng juga tidak pernah melanggan sebarang pakej internet dan hal ini membuatkan dia digelar ‘kedekut’ oleh rakan sekerja.

Jadi, setiap malam, Yuanzheng akan berjalan kaki ke stesen kereta api bawah tanah berdekatan rumah sewanya untuk mendapatkan sambungan Wi-Fi bagi melepaskan rindu kepada keluarga.

“Saya tidak mahu berbelanja tetapi saya rindukan rumah dan mahu sentiasa berbual dengan keluarga saya. Jadi, setiap hari saya akan membuat panggilan video dengan isteri dan memberitahunya bahawa saya sangat sayangkannya.”

Memandangkan Yuanzheng ke stesen berkenaan setiap hari, terdapat beberapa pengguna stesen yang menyedari kehadirannya lalu mengambil gambar Yuanzheng lalu menularkannya.

Setelah gambar tersebut menjadi tular, isterinya sangat terkejut kerana tidak pernah menyangka bahawa suaminya sanggup bertindak sedemikian semata-mata untuk menghubunginya setiap malam.

Pasangan suami isteri ini mempunyai dua orang anak. Anak lelaki mereka kini sedang bekerja manakala anak perempuan pula sedang menuntut dalam bidang kejururawatan yang menelan belanja lebih RM195,000 setahun!

Jadi, tidak hairanlah mengapa Yuanzheng begitu teliti dan berjimat-cermat dalam berbelanja…

Selain Yuanzheng, didapati isterinya turut melakukan pengorbanan yang sama apabila dia bertindak ‘mencuri’ sambungan Wi-Fi milik jirannya semata-mata untuk berkomunikasi dengan suami tercinta. Sememangnya mereka adalah pasangan yang sejati!

Diharap agar Yuanzheng akan mendapat pekerjaan dengan pendapatan yang bagus di kampung supaya dia tidak lagi perlu berenggang dengan isteri dan anak-anak.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular