Majoriti sudah pun tahu bahawa anjing merupakan antara haiwan yang pintar. Mereka mampu melakukan pelbagai perkara, bukan hanya berguling, melompat dan berkejaran.

Malah lebih daripada itu. Anjing berupaya untuk menunjukkan rasa syukur mereka dalam pelbagai cara, seperti anak anjing dari Tianjin, China ini.

Anak anjing yang pintar ini menunjukkan rasa terima kasihnya dengan membantu mengemas bekas makanannya tiap kali sesudah makan. Anjing itu difahamkan merupakan anjing terbiar namun sering diberi makan setiap hari oleh organisasi perlindungan haiwan. Usai sahaja makan, anjing berkenaan mempunyai tabiat yang pelik.

Anjing itu akan menggonggong mangkuk makanan menggunakan mulutnya dan berjalan ke dapur, lokasi mangkuk-mangkuk makanan mereka dibersihkan.

Anjing tersebut akan membawa dan meletakkan semula mangkuk itu di hadapan seorang staf wanita yang bertugas. Jadi, tidak perlulah wanita itu berjalan jauh untuk mengambil semula bekasnya.

Mungkin ia tidaklah seberapa namun tindakan tersebut amatlah bermakna kerana ia dilakukan oleh seekor haiwan! Nampaknya, anjing tersebut gembira kerana diberi makan oleh organisasi berkenaan.

Walaupun lokasi dapur berkenaan agak jauh daripada lokasi haiwan terbiar itu makan, namun mangkuk tersebut tidak pernah gagal dipulangkan semula.

Para pemilik anjing turut memuat naik video yang menunjukkan anjing-anjing mereka melakukan perkara yang sama. Misalnya anak anjing ini yang begitu gigih memulangkan semula mangkuknya setiap kali selepas makan.

Ayuh lihat betapa comelnya anjing berkenaan melakukan rutin selepas waktu makannya menerusi video di bawah:

MengWeiKao|YouTube

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular