7 April merupakan Hari Memerang Antarabangsa. Walaupun memerang tidak tergolong dalam spesies haiwan yang terancam, namun haiwan yang sangat pemalu ini mempunyai peranan yang penting dalam mengekalkan ekosistem tempatan.

Haiwan ini juga turut dikenali sebagai jurutera alam semulajadi, kerana mereka membantu melancarkan ekosistem alam semulajadi dengan sangat baik. Kolam yang mereka diami lazimnya mempunyai jumlah air yang mencukupi dalam musim kemarau kerana mereka mengumpul air pada musim hujan.

Fakta menarik lain tentang memerang adalah pada tahun 1930-an, kerajaan Amerika Syarikat menggunakan ‘khidmat’ 600 ekor memerang untuk menghentikan hakisan tanah di sungai-sungai di Oregon di mana idea ini sangat berkesan.

“Memerang memulihkan tanah lembap, ‘hutan hujan di Utara’ dinilai sebagai sistem sokongan hayat terbaik di bumi,” jelas BWW. “Belajar untuk hidup berdampingan dengan memerang boleh memastikan kita terus menikmati alam semulajadi, seperti pembersihan air. Jurutera alam juga boleh membantu memerangi perubahan iklim, kerana empangan dan tanah basah yang didiami oleh mereka mengandungi air di atas tanah, yang mengurangkan kerosakan dari kedua-dua kemarau dan banjir besar – peristiwa cuaca yang melampau yang semakin meningkat dengan perubahan iklim.”

Oleh itu, untuk meraikan Hari Memerang Antarabangsa dan mengenang segala jasa memerang untuk alam sekitar kita, kami akan berkongsi dengan anda 15 gambar memerang yang sangat comel dan penuh dengan gelagat lucu yang membuatkan kita geram melihatnya!

#1 Ini adalah memerang yang telah diselamatkan dan telah kehilangan ibunya

William Rainey

#2 Bayi memerang

Partageons

#3 Bayi memerang yang comel

Bored Panda

#4 Tiga ekor memerang yang sedang bersantai di tepi air

bconngemini2

#5 Memperkenalkan 3 ekor bayi memerang yang sangat comel!

abcnews.go.com

#6 Bayi memerang yang sedang tersenyum

blacksabbathrules

#7 Bayi memerang yang bernama Christian

zapeda

#8 Alahai, comel sungguh!

adorty03

#9 Baby memerang bermain dengan patung arnab

Big Bend Wildlife Sanctuary

#10 Bayi memerang selepas dimandikan

trishp213

#11 Bayi memerang berusia tiga bulan yang bernama Momo

Axel Heimken

#12 Beginilah rupa bayi memerang

reddit.com

#13 Bayi memerang sedang bermain dengan rakannya

Little_Things

#14 Bayi memerang yang kelihatan sangat santai

Ihadacow

#15 Ibu dan bayi memerang

Jeff Mollman

Sumber: Bored Panda

Maybe you're interested :

Share

Video Popular