Kamera keselamatan di Fairfield, California berjaya merakamkan detik mengejutkan apabila angin kuat berlingkar di sebuah kawasan taman sehingga memusnahkan bumbung dan ‘memutarkan’ seorang lelaki yang berada di sana pada waktu kejadian.

Dalam rakaman berkenaan yang dilaporkan berlaku pada Selasa lalu di Taman Alan Witt, seorang lelaki dilihat berputar-putar di dalam lingkaran angin tersebut dan bumbung pula tercabut lalu melayang di udara.

Mujur, tiada sebarang kecederaan dilaporkan akibat fenomena itu termasuk lelaki yang berputar berkenaan.

Video ini menjadi tular dengan kadar segera dan meraih lebih daripada 38,000 sejak ianya ditayangkan ke internet. Malah, ramai netizen yang terkejut melihat kejadian berdurasi 55 saat itu turut membanjiri ruangan komen.

“Nasib baik dia tidak dilanggar serpihan bumbung yang tercabut itu. Apa yang pelik mengenai pusar debu adalah kejadian ini sering berlaku secara tiba-tiba. Saya bersyukur saya bukan berada di sana semalam.”

Menurut ABC News, segala kerosakan akibat bencana pusar debu yang kecil tetapi berkuasa itu kini sedang dibaiki. Drew Peterson yang merupakan pengkaji cuaca mendedahkan bahawa pusar debu biasa terjadi akibat cuaca yang panas di kawasan yang mempunyai kepadatan bangunan.

Video yang memaparkan kejadian tersebut:

Sumber: ABCNewsCity of Fairfield, CA – Government/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL VIDEO

Video Popular