Konvokesyen merupakan hari yang amat bersejarah buat semua graduan kerana hari tersebut secara rasmi menandakan bahawa mereka sudah berjaya menamatkan pengajian secara kebiasaan akan diraikan bersama keluarga dan orang tersayang.

Namun, kisah ini agak menyentuh hati. Seorang graduan dari Sabah sanggup terbang ke Kuala Lumpur tanpa kehadiran ibu bapa dan keluarga untuk menghadiri majlis konvokesyen. Apabila dia ditanya ini adalah jawapannya yang diceritakan oleh Azizul Azli Ahmad dalam halaman Facebook :

KPMGGambar Hiasan

Penerbangan dari Sabah menelan belanja sehingga RM800. “Saya beli tiket pada saat-saat terakhir, Doktor. Mak dan ayah tidak dapat ikut bersama kerana tiket mahal.”

Saya mengangguk tanda faham. Graduan ini bergraduasi semalam. Rakannya yang berasal dari Terengganu menaiki motosikal sahaja dari kampung dan menumpang di rumah kawan.

Ketika orang lain sedang bergembira sambil berswafoto bersama keluarga dan mengenalkan kekasih kepada bakal mertua, mereka ini bersendirian sahaja. Sebelum perarakan istiadat masuk menerima ijazah bermula, saya dihampiri petugas konvokesyen.

Odyssey|Gambar Hiasan

Katanya memberitahu, “Doktor, graduan ini tidak boleh masuk sebab bajunya berlengan pendek. Syarat istiadat baju mesti berlengan panjang.”

Semua orang mulai panik. Perbarisan graduan mula berarak keluar menuju ke dewan. Graduan ini menjadi buntu kerana dia telah ditahan. Sudahlah dia datang jauh dari Sabah dan tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan utama.

Saya juga menjadi buntu waktu itu dan dalam jangka masa singkat cuba untuk membantu. Wajahnya mula berubah. Dia tiba dari Sabah malam tadi selepas menaiki bas ke Kota Kinabalu selama 4 jam, penerbangan ke Kuala Lumpur selama 2 jam dan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Seri Iskandar mengambil masa selama 3 jam lagi dengan bas. Saya buka jubah yang saya pakai dan keluarkan jaket saya lalu diberikan kepadanya untuk dipakai olehnya dan ia satu tindakan spontan.

SMKTelokKerang|Gambar Hiasan

Dia terus memeluk saya. Bertakung air mata di wajahnya dengan rasa terharu. Urusetia bersorak gembira dan saya juga terharu dibuatnya. Saya hanya lakukan secara spontan agar dia dapat naik bersama rakan graduan lain.

Tamat istiadat majlis konvokesyen, saya tahu dia tiada keluarga bersama. Maka saya bersama Profesor Madya Dr Sabrizaa dan Dr Othman meraikan mereka dengan makan di McDonald’s bersama-sama.

Ketika kita ketawa bersama keluarga tercinta pada saat majlis konvokesyen, ada air mata yang bergenang kerana graduan ini tiada keluarga bersama untuk meraikannya.

Azizul Azli Ahmad/ Facebook

Kata graduan ini, “Saya rasa sudah tidak mampu untuk sambung belajar lagi, sebab itu saya datang juga agar ada pengalaman kali terakhir di sini.”

Mendengar kata-kata itu sudah cukup membuat hati saya berkata, “Lelaki ini pasti akan berjaya.” Melangitkanlah impianmu wahai anak muda.

Sumber : Azizul Azli Ahmad/Facebook

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular