Di India, pokok kelapa merupakan pokok pelbagai kegunaan. Setiap bahagian pokok kelapa sama ada dari segi daunnya, buah mahupun batangnya boleh digunakan untuk pelbagai perkara.

Namun, kita sering kali melihat tempurung kelapa dan juga sekamnya tidak digunakan lalu dibuang ke tepi jalan.

Efforts For Good

Hal ini telah mengakibatkan berlakunya pencemaran kerana pembuangan sisa tersebut telah menyebabkan sistem perparitan menjadi tersumbat dan juga mencemarkan udara jika dibakar.

Justeru, syarikat di Amsterdam yang dikenali sebagai CocoPallet telah menemui satu inovasi terbaik bagi mengurangkan pencemaran sekali gus memelihara pokok-pokok daripada ditebang.

Efforts For Good

Syarikat ini menghasilkan papan lapis yang diperbuat daripada sekam kelapa dan produk ini bukan sahaja organik tetapi juga mesra alam, menjimatkan kos serta lebih padat berbanding produk daripada kayu mahupun bahan plastik.

Idea untuk mencipta produk palet daripada kelapa ini timbul apabila seorang warga Indonesia menunjukkan kepada seorang saintis di Universiti Wageningen iaitu Jan Van Dam mengenai prototaip palet kelapa tersebut.

“Keras seperti batu, papannya kelihatan seperti daripada kayu tetapi sebenarnya sekam kelapa? Itu adalah perkara baru bagi saya. Kami mencari penambahbaikan dan menampilkan teknik untuk memampatkan sekam kelapa yang telah dikisar halus pada suhu tinggi,” kata Van Dam.

Efforts For Good

Van Dam telah melancarkan projek berkenaan di Filipina namun ditolak atas pelbagai alasan. Kemudian, dia telah bertemu dengan Michiel Vos dan segalanya berubah! Dengan teknologi dan kepakaran para pengkaji di Universiti Wageningen, penggunaan sekam kelapa telah berjaya menghasilkan produk akhir yang bertaraf dunia!

Produk CocoPallet ini bukan sahaja mesra alam dan ekonomi, tetapi ia juga dapat mengelakkan penebangan hampir 200 juta pokok di Belanda setiap tahun! Di samping itu, produk ini juga tidak menggunakan sebarang rawatan racun serangga dan bahan toksik serta kalis api dan anai-anai!

Kini, CocoPallet semakin mendapat tempat dalam pasaran dunia dan menghasilkan produknya di Sumatera, Indonesia setelah mendapat bekalan daripada pusat penanaman tempatan. Pada masa yang sama, ia memberikan peluang pekerjaan kepada para penduduk tempatan.

Efforts For Good

Pengasas syarikat ini berharap agar perniagaannya dapat memberikan manfaat bukan sahaja kepada manusia tetapi juga alam semula jadi.

Video yang memaparkan mengenai CocoPallet:

Sumber: Efforts For Good, Hello Tomorrow/Youtube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular