LANGKAWI: Penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin berjaya tamatkan Kayuhan Langkawi RHB di Dataran Marmar, Langkawi, Sabtu lalu.

Berita Kopak Media

Dalam acara kayuhan berkenaan penyanyi berusia 40 tahun itu menyertai kayuhan kategori Warisan dengan mengelilingi pulau sejauh 72km.

Menurutnya, walaupun jarang latihan sejauh 100km tetapi semangat kuat dan sokongan membuatkan dia akhir berjaya menamatkan kayuhan berkenaan.

Beliau akhirnya berjaya menamatkan kayuhan dalam tempoh masa 3 jam,13 minit dan 30 saat sekali gus menempatkan beliau di kedudukan ke-22 daripada  1,500 peserta.

ctdk/Instagram

Menerusi laman Instagram miliknya, penyanyi Anta Permana itu, mendedikasi medal kemenangan kepada anak tunggalnya, Siti Aafiyah Khalid.

“Alhamdullillah. Medal ni untuk anak ibu tau. Banyak kenangan nak mendapatkan & menghabiskan kayuhan 72km ni anak ibu oiii.

“Mula2 ibu nak masuk 25km saja , yelah .. fun ride la kann.. Lepastu 1 team kata alang2 dah sampai Langkawi jom kayuh sampai 72km..Whattttt!!! Dah la tak pernah lebih 50km.. berangan nak 72km,” kongsinya di Instagram miliknya, kelmarin.

Menurut isteri Datuk Khalid Jiwa, berbekalkan semangat serta bantuan jurulatihnya, beliau terus cekalkan hati dan bersetuju menyertai cabaran tersebut.

Katanya, sepanjang acara hatinya tertumpu kepada si kecilnya menyebabkan dia terus ‘bersemangat’ untuk menamatkan kayuhan tersebut.

“Sambil kayuh sambil istigfar, sambil bising bila nak habis ni. Yang sebenarnya ibu kayuh sambil pikir Aafiyah kat bilik nak susu, Aafiyah nak susu.

“Hahaha. Itu buat ibu kayuh lagi laju tau Aafiyah.. Sekianla coretan ibu aafiyah ni. Akhirnya berjaya tamatkan juga 72km dengan masa 3 jam 13 minit 30saat di tangga 22 dari seribu lebih penyertaan

Terdahulu, Siti juga berkongsi dia mengalami sedikit kecedera apabila terjatuh sehingga mengakibatkan kakinya luka namun tetap meneruskan acara berkenaan.

“Yang best sekali pagi tadi sebelum berlepas saya dah ‘jatuh bodo’ luka la lutut. Macam mana la boleh jatuh padahal dah berhati2 sangat. Takpe tebalkan muka semangat punya pasal (sakit tauuu).

“Berlepas je hati dah dup dap dup dap, takut jatuh lagi, tapi Alhamdullillah , Allah pelihara sepanjang jalan. Terima kasih sahabat saya @aiza_mokhtar yang bagi semangat suruh masuk 72km & habiskan,” tulis Siti lagi.

ctdk/Instagram

Siti memang gemar berbasikal dan sering kali memuat naik aktiviti berbasikal pada hujung minggu bersama suaminya di laman Instagram miliknya.

Selain Siti, kategori Warisan turut diserta Tunku Laksamana Kedah, Datuk Tengku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Abdul Rahman serta Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Dalam acara berkenaan, lebih 1,500 penunggang basikal dari dalam dan luar negara mengambil bahagian.

Acara yang julung kali diadakan itu membabitkan tiga kategori kayuhan iaitu 100 kilometer Eagle Ride, 72 kilometer Heritage Ride dan 25 kilometer Adventure Ride.

Sumber: Astro, Sinar Harian, Kosmo!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP HIBURAN

Video Popular