Pepatah ada menyatakan bahawa guru itu ibarat lilin yang membakar dirinya demi menerangi masa depan generasi muda.

Sesungguhnya peranan seseorang guru itu begitu besar kerana gurulah yang akan mendidik dan membentuk peribadi setiap manusia agar menjadi insan yang berguna pada masa hadapan.

Facebook SK Chini 2

Sebagai ibu bapa kedua kita semua, kita seharusnya menghargai setiap jasa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh para guru. Maka disebabkan itulah wujudnya Hari Guru di mana setiap guru akan disambut dengan majlis yang penuh kemeriahan demi menghargai jasa mereka.

Facebook SK Chini 2

Tanpa guru, kita akan menjadi manusia yang tidak berilmu…

Facebook SK Chini 2

Tetapi, apa yang menjadi bualan hangat netizen baru-baru ini mengenai sambutan Hari Guru di Sekolah Kebangsaan Chini (2), Pahang di mana pihak sekolah telah menganjurkan majlis sambutan berkenaan dengan bertemakan majlis perkahwinan!

Facebook SK Chini 2

Menerusi perkongsian dari Facebook sekolah berkenaan, dapat dilihat beberapa foto memaparkan kesemua guru lelaki dan juga wanita yang melaram bak raja sehari!

Facebook SK Chini 2

Facebook SK Chini 2

Guru lelaki dilihat segak mengenakan pakaian tradisional dilengkapi dengan tanjak dan keris manakala guru wanita pula kelihatan cantik menawan dengan tiara, solekan dan juga bunga tangan…

Facebook SK Chini 2

Bagi menjadikan suasana tema perkahwinan ini lebih sempurna, para murid juga dipertanggungjawabkan untuk ‘bekerja’ sebagai pengangkat dulang dan pemegang bunga manggar! Memang kelihatan betul-betul seperti majlis perkahwinan!

Facebook SK Chini 2

Facebook SK Chini 2

Lebih menarik lagi, sebuah pelamin ringkas tetapi cukup elegan turut ditempah dan dijadikan sebagai booth untuk para ‘pengantin’ ini bergambar. Terdapat juga pasangan suami isteri yang merupakan guru di sekolah berkenaan dilihat jalan beriringan dan duduk bersama di atas pelamin.

Facebook SK Chini 2

Ibarat meraikan majlis perkahwinan kali kedua mereka!

Sambutan Hari Guru yang paling unik setakat ini. Memang hebat!

Sumber: SAYS

Maybe you're interested :

Share

Video Popular